ADA PESTA LAMPU DI KULAI!


Hutan bandar Majlis Perbandaran Kulai. | Foto Ihsan MPKu

 

Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) menawarkan 30,000 baucar masuk percuma kepada pelajar berusia 12 tahun ke bawah untuk mengunjungi pameran Luna Lights Wonderland di Hutan Bandar MPKu dekat Bandar Putra Kulai.

 

Program anjuran MPKu dengan kerjasama Luna Lights Wonderland Malaysia yang bermula 26 September hingga 27 Oktober itu menyasarkan kira-kira 100,000 pengunjung dari dalam dan luar negara termasuk Singapura.

 

Penganjuran pesta lampu di Hutan Bandar MPKu yang juga edisi kesembilan itu menjadi pesta lampu terbesar di Malaysia melibatkan keluasan sekitar 20 ekar selain penggunaan lebih 1.6 juta lampu diod pemancar (LED) menghiasi suasana malam di Bandar Putra Kulai.

Pameran Luna Lights Wonderland yang dibuka setiap hari pada jam 7.00 malam hingga 12.00 tengah malam menawarkan harga tiket RM15 untuk dewasa, RM8 untuk kanak-kanak dan percuma bagi golongan orang kurang upaya (OKU).

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor