USAHAWAN BELIA TERUS DIBERIKAN BIMBINGAN
Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd. (PUJB) memperuntukkan RM500,000 bagi menjayakan program bimbingan terhadap 21 usahawan belia yang baru untuk memulakan perniagaan menerusi konsep ‘mentor-mentee’.
Program berkenaan merupakan Strategi 2 : Aspirasi Orang Muda Johor di bawah Teras Keenam : Orang Muda Johor dalam Belanjawan Johor 2024 yang menterjemahkan komitmen bagi memperkukuhkan usahawan belia di negeri ini.
Menerusi program tersebut, mentor dipilih oleh PUJB terdiri daripada usahawan Johor yang telah berjaya dalam kelangsungan perniagaan masing-masing dan mampu berkongsi pengalaman serta membimbing usahawan muda lain selaku mentee.
Program selama sebulan bermula September lalu turut menyediakan bantuan geran bernilai RM10,000 dan peralatan diperlukan perniagaan masing-masing selain bimbingan berterusan bagi melahirkan lebih ramai usahawan berkualiti mahupun berdaya saing.
Selain itu, sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di Johor turut merekodkan prestasi memberangsangkan apabila menyumbang sebanyak 11 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara menerusi 127,000 usahawan yang berdaftar di bawah PUJB.
Terdahulu, berlangsungnya Majlis Hi-Tea Program Mentor – Mentee ‘Zero to Hero’ Tahun 2024 yang disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Mohamad Radif bin Kosnin, Pengurus Besar PUJB di Hotel Holiday Villa, Johor Bahru.
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor