JOHOR BERPOTENSI TERIMA PELABURAN AS$190 JUTA
Johor berpotensi menerima pelaburan strategik ke negeri ini, bernilai kira-kira AS$190 juta daripada beberapa syarikat terkemuka Korea Selatan yang bakal menjana ribuan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi, limpahan ekonomi dan pembangunan serta membawa lebih kemakmuran kepada Bangsa Johor.
Syarikat tersebut adalah Hanwha Solution Corporation, syarikat multinasional terkenal dengan inovasi dalam sektor tenaga bersih dan bahan kimia diikuti SPC Group, syarikat makanan global pasaran jenama terkenal ‘Paris Baguette’ serta CJ CheilJedang Group, syarikat pengeluar makanan halal Korea di Malaysia.
Kerajaan Negeri percaya kesemua syarikat terkemuka terbabit yakin dengan potensi Johor sebagai destinasi pelaburan yang strategik dan pilihan di rantau Asia malah berharap segala perancangan dan kerjasama dapat direalisasikan dengan jayanya kerana negeri ini bukan sahaja menawarkan peluang perniagaan yang luas, tetapi juga ekosistem kondusif untuk pertumbuhan jangka panjang.
Mengetuai delegasi Kerajaan Negeri ke Seoul, Korea Selatan adalah YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor diikuti YB Lee Ting Han, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Johor serta YB Dato’ Ir. Hasni Mohammad, Pengerusi Pejabat Ekonomi, Pelancongan dan Kebudayaan Johor (JETCO).
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor