BANGGA MENABUR BAKTI 31 TAHUN
#IskandarPuteri – Selepas 31 tahun menabur bakti berkhidmat bersama Kerajaan Negeri Johor, YB Dato’ Haji Abdul Rahman Salleh, Pengurus Besar Perbadanan Islam Johor (PIJ) bakal bersara wajib pada 24 November ini.
Menyingkap sejarah perkhidmatannya, beliau memulakan perkhidmatan sebagai Penolong Pegawai Tanah di Pejabat Tanah Pontian pada 1 Mac 1993 dan kemudian diberikan tanggungjawab menjawat 14 jawatan lain di pelbagai jabatan.
Abdul Rahman, 60, pernah menggalas tanggungjawab sebagai Setiausaha di tiga Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) selain Pentadbir Tanah Majlis Perbandaran Kulaijaya serta menjadi Pegawai Daerah di Segamat dan Johor Bahru.
Kenangan yang sukar untuk dilupakan adalah ketika menerima kurniaan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Kedua Dato’ Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ).
Kurniaan daripada DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang membawa gelaran ‘Dato’ itu bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda pada 23 Mac 2021.
Terdahulu, YB Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor hadir pada Majlis Titipan Memori Seikhlas Budi sempena persaraan YB Dato’ Haji Abdul Rahman Salleh di Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar, hari ini.
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor