IIBD PACU TRANSFORMASI JOHOR BAHRU


YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor diiringi YB Lee Ting Han, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Johor menyempurnakan perasmian penutup Program IIBD Urban Lab. | Foto JLand Group

 

#IskandarPuteri – Pembangunan Ibrahim International Business District (IIBD) diterajui oleh Johor Corporation (JCorp) melalui anak syarikat, JLand Group (JLG) bakal menjadi pemangkin kepada transformasi bandar raya Johor Bahru sebagai metropolis bertaraf antarabangsa.

 

Kawasan perniagaan seluas 240 ekar di pusat bandar yang dijangka mampu menarik pelaburan domestik dan asing itu juga merupakan simbol komitmen terhadap masa hadapan berteraskan inovasi, kreativiti, tradisi, komuniti dan kelestarian.

 

Dengan visi ‘Liveable and Loveable Hub’ selain aspek utama yang diberi penekanan iaitu warisan, perniagaan, mobiliti dan kelestarian bakal mewujudkan persekitaran mesra peniagaan, berdaya huni serta pembangunan mampan.

 

Potensi IIBD turut akan disokong dengan Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru – Singapura yang siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2026 sekali gus meningkatkan daya saing bandar raya ini di peringkat global serta membawa manfaat kepada negeri dan rakyat.

 

Malah penggunaan poskod eksklusif ‘80888’ di kawasan berkenaan bermula Januari 2025 juga akan mengukuhkan kedudukan IIBD sebagai hab ekonomi berkembang pesat serta menjadikan Johor Bahru sebagai kuasa ekonomi dan bandar inklusif.

 

Terdahulu, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor menyempurnakan pelancaran video baharu IIBD dan perasmian penutup Program Urban Lab IIBD. Turut hadir, YB Lee Ting Han, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Johor serta YBhg. Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim, Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor