‘NATIONAL TRAINING WEEK’ TAWAR LATIHAN PERCUMA

Program Jelajah Minggu Latihan Kebangsaan (NTW)  Johor 2025 kini berlangsung di Pusat Beli Belah AEON Mall Tebrau City bermula dari 13 hingga 18 Mei ini. | Foto MDJ Nurina Aisyah

 

#JohorBahru – Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) menyasarkan seramai 124,919 peserta di negeri ini menyertai Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) secara percuma melalui portal NTW antaranya bidang kemahiran, digital, keusahawanan, vokasional, kepimpinan dan pengurusan.

 

Inisiatif NTW yang ditawarkan secara percuma ini juga akan dilaksanakan melalui pelbagai platform pembelajaran dan lokasi bagi membolehkan setiap lapisan masyarakat dapat menyertai kursus berkenaan, sekali gus menyokong usaha yang kini sedang giat dilaksanakan oleh Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) dalam membangunkan tenaga kerja Bangsa Johor yang berkemahiran tinggi dan berdaya saing.

 

Selain itu, NTW juga turut memberi penekanan berkaitan proses ‘upskilling dan reskilling’ kepada peserta bagi membolehkan mereka terus mempelajari ilmu kemahiran baharu yang relevan dengan keperluan dan kehendak industri semasa. Ia secara tidak langsung dapat memberi nilai tambah kepada kerjaya masing-masing dengan sijil yang diperolehi kelak.

 

Usaha ini juga secara tidak langsung akan dapat memperkasakan modal insan di Negeri Johor menerusi peningkatan kemahiran, kebolehpasaran serta daya saing individu dalam pasaran kerja dan seterusnya dapat membantu melonjakkan lagi pembangunan iktisad di negeri ini pada masa akan datang.

 

Terdahulu, program Jelajah NTW Johor 2025 yang memasuki tahun ketiga penganjurannya kini berlangsung di Pusat Beli Belah AEON Mall Tebrau City bermula dari 13 hingga 18 Mei ini.

 

#JTDC
#NationalTrainingWeek
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor