Entries by Suhana Mohd Ariffin

MURAL PENYERI BANDAR RAYA JOHOR BAHRU

  #JohorBahru – Kerajaan Negeri menerusi Tourism Johor memperhebatkan lagi usaha mengindahkan pusat bandar Johor Bahru menerusi lakaran lukisan mural bagi memberi nilai tambah tarikan kepada pengunjung sebagai persediaan Tahun Melawat Johor 2026.   Tiga lukisan mural baharu terdapat di Jalan Tan Hiok Nee, Jalan Lee Thye Heng dan Jalan Segget itu memberikan wajah baharu […]

MAINJ SERAH BANTUAN PENDIDIKAN RM15.4 JUTA KEPADA PELAJAR JOHOR

  #IskandarPuteri – Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) menyerahkan Skim Bantuan Pendidikan Tahun 2025 kepada Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) dan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) berjumlah keseluruhan RM15,491,800.   Daripada jumlah berkenaan, JPNJ menerima RM11,931,200 daripada MAINJ manakala JAINJ pula sebanyak RM3,560,600 melibatkan 77,459 penerima manfaat dengan bantuan disalurkan melalui Persatuan Ibu […]

PKHNJ 2030 BAKAL JADIKAN JOHOR HAB HALAL GLOBAL

  #JohorBahru – Kerajaan Negeri komited memperkukuhkan industri halal dan menjadikan Johor sebagai hab halal utama di peringkat nasional serta antarabangsa menerusi Pelan Kemajuan Halal Negeri Johor (PKHNJ) 2030.   Pelan yang sedang dibangunkan oleh PIJ Holdings Sdn. Bhd. (PIJ Holdings) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) itu melibatkan tujuh komponen iaitu pensijilan […]

MAHU PERLUAS TAJ, LAHIR RAMAI KHATAM AL-QURAN AWAL USIA

  #IskandarPuteri – Kerajaan Negeri mewujudkan Tadika Agama Johor (TAJ) baharu di daerah Tangkak bagi menampung permintaan dan keperluan ibu bapa menghantar anak masing-masing ke prasekolah berkenaan untuk mendapatkan pendidikan al-Quran serta pendidikan Islam di peringkat awal usia.   Diwujudkan sejak tahun 2001 dan berada di bawah seliaan Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Negeri […]

JBIOTECH PERKASA KEMAHIRAN PEKERJA BIOMEDIKAL

  #Tangkak – Kerajaan Negeri menerusi Perbadanan Bioteknologi dan Biodiversiti Negeri Johor (J-Biotech) dengan kerjasama pelbagai institusi pendidikan akan terus memperkasa kemahiran bidang mekanikal menerusi Program Peningkatan Kemahiran dan Kompetensi.   Program selama dua hari yang dianjurkan di Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Ledang itu berjaya menarik 530 peserta, selain ia juga menjadi platform terbaik […]

ASNAF JOHOR KINI DILINDUNGI

  #Muar – Kerajaan Negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) melancarkan THKhairat dan Takaful Kasih Plus Agrobank bagi menjaga kebajikan serta kesejahteraan asnaf di negeri ini.   Inisiatif Belanjawan Johor 2025 melibatkan peruntukan RM1 juta untuk skim perlindungan takaful dan khairat berkelompok itu bakal memberi manfaat kepada 26,000 penerima.   Skim itu menyediakan […]

PANTAI TELUK MAHKOTA BERWAJAH BAHARU

  #KotaTinggi – Pantai Teluk Mahkota atau dikenali dengan Jason Bay kini berubah wajah apabila Kerajaan Negeri melalui Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) menaik taraf kawasan berkenaan bagi mewujudkan persekitaran lebih kondusif bagi penduduk setempat dan pengunjung.   Naik taraf melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM 950,238 itu meliputi penambahbaikan fasiliti dan infrastruktur iaitu taman permainan, […]

DTUPBJ, ASITA METERAI MOU KUKUH SEKTOR PELANCONGAN

  #JohorBahru – Dewan Teraju Usahawan dan Peniaga Bumiputera Johor (DTUPBJ) menandatangani Memorandum persefahaman (MoU) bersama Asosiasi Perusahaan Perjalanan Wisata Indonesia (ASITA) yang membuka lembaran baharu memperkukuh hubungan sektor pelancongan antara Malaysia terutama Johor dan Indonesia.   Jalinan kerjasama strategik berkenaan merupakan usaha DTUPBJ meletakkan Iskandar Puteri dan Johor Bahru sebagai zon pelancongan utama menerusi […]

KERAJAAN JOHOR PERKUKUH AGENDA TENAGA HIJAU

  #JohorBahru – Kerajaan Johor akan terus memperkukuhkan agenda Johor Green Deal dalam mencapai pembangunan mampan menerusi kerjasama erat antara kerajaan, sektor swasta dan komuniti, sejajar dengan wawasan Malaysia untuk mencapai sifar karbon menjelang tahun 2050.   Polisi ini turut meletakkan Johor sebagai peneraju tenaga hijau di rantau ini dengan memberi fokus utama dalam mengurangkan […]

TIKTOK BUKA PINTU REZEKI PENIAGA IKAN BILIS

  #BatuPahat – Aplikasi TikTok bukan sahaja dikenali sebagai satu medium hiburan, tetapi menjadi platform penting dalam membantu peniaga menimba ilmu dan menjana pendapatan melalui pelbagai kaedah yang disediakan dalam aplikasi tersebut.   Norhaliza Sani, 39, peniaga ikan bilis dari Batu Pahat, Johor berasa teruja selepas menimba ilmu baru dalam Bengkel Jana Pendapatan ‘Affiliate TikTok’ […]