PEKERJA AM PEMBERSIHAN AWAM, SISA PEPEJAL TERIMA BANTUAN KASIH JOHOR

Bantuan Kasih Johor sebanyak RM200 daripada Kerajaan Negeri membawa kelegaan dan penghargaan buat pekerja pembersihan awam dan sisa pepejal. | Foto MDJ Imran Razib

 

#Kluang – Bantuan Kasih Johor sebanyak RM200 secara ‘one-off’ yang diterima daripada Kerajaan Negeri sebagai tanda penghargaan atas khidmat pembersihan mengukir senyuman kelegaan pekerja am pembersihan awam dan sisa pepejal.

 

Inisiatif kali pertama disalurkan kepada golongan berkenaan membawa makna yang besar sekali gus menggambarkan keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap peranan penting mereka sebagai barisan hadapan agenda Johor Bersih.

 

Bagi Abdul Rahim Zaharudin, 35, inisiatif itu amat bermakna kerana merupakan satu bentuk penghargaan terhadap kerja keras pekerja sektor 3D iaitu kotor, bahaya dan sukar yang sering berdepan pelbagai cabaran di lapangan.

 

Manakala Mohd Nazrul Naim, 26, pula memberitahu bantuan diterima itu mencerminkan Kerajaan Negeri tidak pernah meminggirkan pekerja am selain berterima kasih atas inisiatif yang dapat meringankan beban perbelanjaan harian.

 

Sementara itu, Hamidi Ishak, 42, syukur atas komitmen Kerajaan Negeri menjaga kebajikan rakyat meliputi pelbagai latar belakang termasuk golongan pekerja am pembersihan awam dan sisa pepejal di negeri ini.

 

Bagi Firdaus Malik, 37, keprihatinan yang ditunjukkan oleh Kerajaan Negeri itu mendorong mereka untuk terus komited menjaga kebersihan dan memberikan imej positif negeri terutama menjelang Tahun Melawat Johor 2026.

 

Terdahulu, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor mengumumkan 42 inisiatif melibatkan peruntukan lebih RM209 juta dengan 25 daripadanya untuk mengurangkan beban kos sara hidup rakyat pada 11 September lalu.

 

#JohorSafeZone
#BantuanKasihJohor
#PetugasPembersihan
#BantuanJohor
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor