USAHAWAN KAMPUNG MELAYU MAJIDEE TERIMA BANTUAN PERALATAN SEMPENA JOJ LARKIN

YB Tuan Mohd Hairi Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor menyerahkan replika cek cura Bantuan Peralatan Perniagaan 2025 kepada usahawan Medan Selera Kampung Melayu Majidee. | Foto MDJ Aisyah Mazalan

 

#JohorBahru – Seramai 13 peniaga Medan Selera Kampung Melayu Majidee menerima Bantuan Peralatan Perniagaan 2025 daripada Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd (PUJB) sempena Jelajah Orang Johor (JOJ) Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin.

 

Inisiatif melibatkan peruntukan dengan jumlah keseluruhan RM26,000 itu untuk meringankan beban dan meningkatkan produktiviti usahawan mikro dan peniaga kecil tempatan melalui peralatan moden atau bersesuaian bagi kegunaan operasi harian.

 

Antara peralatan disampaikan adalah mesin pengisar buah, mesin pemotong daging, periuk nasi, mesin kawah memasak, peti sejuk beku dan mesin penyejuk yang menterjemah komitmen berterusan Kerajaan Negeri memberdaya usahawan di negeri ini.

 

Bagi Haziqa Hajar Mohd Sham, 30, yang menerima penyaman udara mudah alih bersyukur atas bantuan disampaikan selain memuji keprihatinan Kerajaan Negeri membantu usahawan tempatan meningkatkan mutu perniagaan melalui PUJB.

 

Manakala Badrul Amin Hassan, 35, yang menerima mesin pemotong daging akui peralatan diterima membantu proses penyediaan sajian Murtabak Kampung Melayu diusahakan dengan lebih pantas dan efisien malah berterima kasih kepada Kerajaan Negeri atas bantuan diberikan.

 

Terdahulu, YB Tuan Mohd Hairi Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor menyerahkan replika cek cura Bantuan Peralatan Perniagaan 2025 kepada usahawan Medan Selera Kampung Melayu Majidee, hari ini.

 

#JelajahOrangJohor
#DUNLarkin
#PUJB
#JohorSafeZone
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor