PRESIDEN UCI RASMI MAJLIS PELANCARAN WCC RDS JOHOR BAHRU

YB Puan Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir merasmikan Majlis Pelancaran WCC RDS Johor Bahru. Turut hadir, YB Tuan Mohd Hairi Mad Shah selaku wakil rasmi Menteri Besar Johor. | Foto MDJ Wira Anggara

 

#IskandarPuteri – Johor terus melakar sejarah apabila diiktiraf sebagai Satelit Pembangunan Serantau (RDS) oleh Pusat Latihan Berbasikal Dunia (WCC).

 

Majlis pelancaran WCC RDS Johor Bahru telah disempurnakan oleh David Lappartient, Presiden Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) menandakan detik bersejarah dalam sukan berbasikal negara dan rantau Asia Tenggara, sekali gus membuktikan negeri Johor sebagai salah satu kuasa baharu sukan tanah air.

 

WCC RDS Johor Bahru merupakan satelit pembangunan keempat di benua Asia, pertama di Asia Tenggara dan ia bakal menjadi pusat kecemerlangan bagi disiplin BMX racing di rantau Asia Tenggara.

 

Penubuhan WCC RDS Johor Bahru ini juga akan memberi peluang pelaksanaan pelbagai program latihan dan pembangunan untuk atlet, jurulatih, mekanik dan komisar tempatan serta Asia Tenggara oleh tenaga pengajar bertaraf antarabangsa.

 

Selain WCC RDS Johor Bahru, benua Asia memiliki tiga Pusat Latihan Berbasikal Dunia yang terletak di Korea Selatan, China dan Jepun.

 

Majlis Pelancaran WCC RDS Johor Bahru dihadiri oleh YB Puan Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan. Turut hadir selaku wakil rasmi Menteri Besar Johor, YB Tuan Mohd Hairi Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor.

 

Hadir sama, Datuk Amarjit Singh Gill, Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM); YB Dato’ On Jabbar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan) dan Ts. Mohd Ekmaluddin Ishak, Pengarah Majlis Sukan Negeri Johor.

 

#JohorSafeZone
#WCCRDSJohorBahru
#BMXJohor
#SukanMDJ
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor