MPK PUPUK KESEDARAN KELESTARIAN DAN GALAK AMALAN KOMUNITI HIJAU

MPK menganjurkan Program Kluang Komuniti Lestari 2025 bagi memupuk kesedaran kelestarian, menggalakkan komuniti hijau dan mengukuhkan kerjasama bersama masyarakat serta rakan strategik. | Foto Majlis Perbandaran Kluang

 

Oleh: NUREEN NATASYA NOOR HASHAIRUL 

 

#IskandarPuteri – Majlis Perbandaran Kluang (MPK) menganjurkan Program Kluang Komuniti Lestari 2025 sebagai platform penting memupuk kesedaran kelestarian, menggalakkan amalan komuniti hijau dan memperkukuh kerjasama dengan komuniti, institusi pendidikan serta rakan strategik.

 

Program anjuran Jabatan Perancang Bandar dan Landskap berlangsung di Dewan Muafakat Kampung Dato’ Abdul Rahman Yassin ini telah disempurnakan perasmiannya oleh YBhg. Encik Mohd Fahmy Yahya, Yang Dipertua MPK.

 

Pelbagai aktiviti antaranya lawatan ke Kebun Komuniti Kampung Dato’ Abd Rahman Yassin dan taklimat mengenai inovasi pertanian bandar dan teknologi Internet Pelbagai Benda (IoT) yang disampaikan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Ts. Rosmaini Haji Tasmin dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

 

Selain itu, MPK turut menyampaikan pengiktirafan dalam pelbagai kategori iaitu Kebun Komuniti Kampung Dato’ Abdul Rahman Yassin bagi Anugerah Kebun Komuniti Terbaik 2025 serta Inisiatif Komuniti Terbaik 2025 kepada Zon Bandar Kluang, Zon Sri Lalang dan Zon Abdul Rahman Yassin.

 

Pada program sama, lima komuniti turut menerima set tanaman hidroponik bernilai RM3,000 untuk memperkukuh projek kebun bandar bagi Geran Komuniti Hijau.

 

#JohorSafeZone
#KluangKomunitiLestari2025
#KluangMajuSejahtera
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor