JTDC, ALIBABA JALIN KERJASAMA STRATEGIK LAHIRKAN PAKAR AI JOHOR

YB Tuan Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor mengetuai delegasi JTDC mengadakan lawatan kerja ke Alibaba Business School di Hangzhou, China, baru-baru ini. | Foto FB Aznan Tamin
#IskandarPuteri – Kerajaan Negeri Johor melalui Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama tiga rakan strategik utama di peringkat antarabangsa bagi melaksanakan Program Pembangunan Bakat Reka Bentuk Kecerdasan Buatan (AI).
Kerjasama strategik ini melibatkan JTDC, Iskandar Investment Berhad (IIB), Singapore Economy and Management Institute serta Duiyo Pro yang juga anak syarikat Alibaba yang memfokuskan kepada reka bentuk kecerdasan buatan (AI), sekali gus mencerminkan keyakinan pelabur dan pemain industri global terhadap potensi bakat serta hala tuju pembangunan teknologi AI di Johor.
MoU ini memberi fokus kepada penubuhan Pusat Kecemerlangan Alibaba di Medini, Iskandar Puteri serta pelaksanaan Program Pensijilan Pakar Reka Bentuk AI Alibaba yang bertujuan untuk melahirkan pakar reka bentuk AI Johor yang berkemahiran tinggi dan berkeupayaan mengendalikan projek dunia sebenar dengan kumpulan pertama program yang melibatkan 200 peserta dijangka bermula suku kedua tahun ini.
Kerajaan Negeri juga berkeyakinan usaha ini akan dapat memperkukuh ekosistem digital Johor, sekali gus menyokong aspirasi negeri untuk muncul sebagai hab teknologi AI negara serta meningkatkan kemahiran, nilai pasaran anak-anak Johor selaras dengan pembangunan JTDC.
Terdahulu, YB Tuan Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor mengetuai delegasi JTDC mengadakan lawatan kerja ke Alibaba Business School di Hangzhou, China, baru-baru ini. Delegasi JTDC turut diberikan taklimat khas oleh YBrs Encik Gu, Pengurus Besar Alibaba Digital Commerce Group mengenai aplikasi AI dalam operasi perniagaan dan pembangunan bakat.
#JohorSafeZone
#JTDC
#AlibabaGroup
#WTN
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor



