LEBIH 615,000 MURID KEMBALI KE SEKOLAH DI JOHOR

Di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Penawar, Kota Tinggi, merekodkan kehadiran seramai 1,100 murid sekali gus mencerminkan tahap kesiapsiagaan dan komitmen tinggi warga sekolah dalam memulakan sesi akademik tahun ini. | Foto FB Aznan Tamin

 

#IskandarPuteri – Seramai 615,120 murid di negeri ini, kembali ke sekolah sempena hari pertama sesi persekolahan bagi kalendar akademik tahun 2026 yang bermula hari ini.

 

Permulaan sesi persekolahan baharu ini disambut dalam suasana ceria dan penuh semangat oleh murid melibatkan 1,195 buah sekolah di seluruh negeri bagi meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP).

 

Di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Penawar, Kota Tinggi, merekodkan kehadiran seramai 1,100 murid sekali gus mencerminkan tahap kesiapsiagaan dan komitmen tinggi warga sekolah dalam memulakan sesi akademik tahun ini.

 

Kehadiran yang memberangsangkan ini turut menunjukkan pelaksanaan sesi persekolahan yang lebih teratur dan berfokus dengan penekanan terhadap kecemerlangan akademik, pembentukan sahsiah serta disiplin sebagai asas melahirkan generasi berilmu dan berakhlak mulia.

 

Untuk rekod, sebanyak 1,195 buah sekolah beroperasi di seluruh Negeri Johor pada tahun ini, bagi memenuhi keperluan pendidikan murid di pelbagai peringkat seterusnya menyokong komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam memperkasa pembangunan modal insan secara menyeluruh.

 

Terdahulu, YB Tuan Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor mengadakan tinjauan hari pertama persekolahan di SMK Bandar Penawar, Kota Tinggi, hari ini. Turut hadir, YBrs. Encik Azman Safii, Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi.

 

#JohorSafeZone
#SesiPersekolahan2026
#BackToSchool
#PendidikanBangsaJohor
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor