51,772 MAHASISWA ANAK JOHOR TERIMA MANFAAT IMAJ 2026 FASA SATU

Seramai 51,772 mahasiswa anak Johor di 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) menerima manfaat Insentif Mahasiswa Anak Johor (IMAJ) Tahun 2026
#Pengerang – Seramai 51,772 mahasiswa anak Johor di 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) menerima manfaat Insentif Mahasiswa Anak Johor (IMAJ) Tahun 2026 berupa bantuan ‘one-off’ sebanyak RM200 seorang bagi fasa satu melibatkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM10,354,400.
Bantuan bagi meringankan beban kos pengajian dan keperluan harian penerima di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam memastikan kebajikan mahasiswa anak Johor terus dipelihara.
Daripada jumlah keseluruhan tersebut, sebanyak RM62,800 diperuntukkan bagi DUN Tanjung Surat yang memberi manfaat kepada 314 mahasiswa anak Johor di kawasan berkenaan.
Penyerahan IMAJ yang kini memasuki tahun kedua akan dilaksanakan secara berperingkat bermula Fasa 1 hingga Fasa 3 mengikut permohonan mahasiswa di negeri ini, bagi memastikan tiada seorang yang tercicir daripada menerima bantuan disediakan oleh Kerajaan Negeri ini.
Terdahulu, YB Tuan Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, hadir ke Majlis Penyerahan Bantuan One-Off IMAJ 2026 bagi DUN Tanjung Surat di Dewan Serbaguna Taman Bayu Damai, hari ini.
Turut hadir, YBrs. Encik Azman Safii, Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi; YBhg. Tuan Haji Abdul Hadi Sydee, Pengerusi Yayasan Makmur Pengerang; dan YBhg. Tuan Syed Ben Bella Syed Agil Al Habshee, Pegawai Khas Ahli Parlimen Pengerang.
#JohorSafeZone
#MahasiswaJohor
#IMAJ2026
#OrangMudaJohor
#DUNTanjungSurat
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


