DIGILIT PERKASA PEMBELAJARAN DIGITAL DI SK SAYONG PINANG

Peserta Program ‘DigiLit: Creating Future Ready, Creating Digital Environments’ yang berlangsung di SK Sayong Pinang, Kulai. | Foto MDJ Aisyah Mazalan

 

#Kulai – Program ‘DigiLit: Creating Future Ready, Creating Digital Environments’ yang dilancarkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Sayong Pinang menjadi inisiatif penting memperkukuh persekitaran pembelajaran digital khususnya bagi murid di luar bandar agar tidak tercicir dalam penguasaan kemahiran digital asas.

 

Inisiatif hasil kerjasama Yayasan Johor Corporation (Yayasan JCorp), Industrial Concrete Products (ICP Piles) Cawangan Senai dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) ini turut disokong dengan sumbangan berjumlah RM80,000 merangkumi penyediaan papan pintar, penganjuran bengkel kemahiran teknologi serta penambahbaikan kemudahan pembelajaran digital di sekolah berkenaan.

 

Langkah ini bukan sahaja menyokong proses pembelajaran semasa malah menjadi persediaan awal murid ke arah kerjaya masa hadapan selain mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif dan inklusif terutama bagi komuniti luar bandar.

 

Sementara itu, YBrs. Encik Zainuren Md Din, Guru Besar SK Sayong Pinang menyifatkan inisiatif digital tersebut membantu guru dalam pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara lebih interaktif dan berkesan.

 

Penggunaan teknologi digital turut memberi impak signifikan kepada murid yang masih belum menguasai kemahiran 3M (Membaca, Menulis dan Mengira) sekali gus berjaya mengurangkan bilangan murid pada Tahap Penguasaan (TP) Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi tahap TP2 daripada 12 orang kepada hanya seorang.

 

Terdahulu, Program ‘DigiLit: Creating Future Ready, Creating Digital Environments’ telah dirasmikan oleh YBhg. Encik Zulkurnain Abdul Rahman, Pengarah Pendidikan Negeri Johor di SK Sayong Pinang, Kulai, hari ini.

 

#JohorSafeZone
#YayasanJCorp
#JPNJ
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor