WASPADA ANCAMAN ‘SCAMMER’ BANTUAN KASIH JOHOR

Antara akaun palsu yang dipercayai menyalahgunakan logo serta identiti BKJ secara tidak sah untuk mendapatkan maklumat peribadi mangsa termasuk nombor telefon, nombor kad pengenalan dan maklumat akaun bank peribadi.
#IskandarPuteri – Kerajaan Negeri memandang serius pendedahan yang dibuat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kewujudan kira-kira 12 akaun media sosial TikTok yang disyaki menyalahgunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) untuk meniru wajah dan suara EXCO Kerajaan Johor bagi memperdaya rakyat berkaitan Bantuan Kasih Johor (BKJ).
Sindiket berkenaan dipercayai menyalahgunakan logo serta identiti BKJ secara tidak sah untuk mendapatkan maklumat peribadi mangsa termasuk nombor telefon, nombor kad pengenalan dan maklumat akaun bank peribadi.
Perbuatan ini bukan sahaja menyalahi undang-undang malah mencemarkan integriti pentadbiran serta mengeksploitasi kepercayaan Bangsa Johor terhadap inisiatif kebajikan yang telah digerakkan oleh Kerajaan Negeri sebelum ini.
Sehubungan itu, PDRM melalui Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Komersil sedang menjalankan siasatan rapi dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menjejaki dalang tidak bertanggungjawab yang terlibat dengan perbuatan itu.
Kerajaan Negeri juga menegaskan semua maklumat rasmi berkaitan Bantuan Kasih Johor hanya diumumkan melalui saluran rasmi, selain menasihatkan rakyat agar tidak menekan sebarang pautan yang mencurigakan, berkongsi maklumat peribadi serta membuat semakan melalui platform rasmi sebelum mengambil apa-apa tindakan lanjut.
Justeru, Kerajaan Johor akan terus memperkukuh keselamatan digital dan melindungi kebajikan rakyat daripada ancaman jenayah siber, serta bersedia mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba menyalahgunakan teknologi untuk memperdaya rakyat.
#JohorSafeZone
#AncamanScammer
#BantuanKasihJohor
#BangsaJohorSejahtera
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


