PROGRAM ABNJ KOTA TINGGI SANTUNI GOLONGAN ANAK MUDA JOHOR

YB Tuan Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor bergambar bersama peserta pada Program ABNJ Tahun 2026 Daerah Kota Tinggi. | Foto Institut Dato’ Onn
#IskandarPuteri – Kerajaan Negeri komited dalam memperkasa golongan anak muda di peringkat akar umbi dengan penganjuran program Ayuh Belia Negeri Johor (ABNJ) Tahun 2026 Daerah Kota Tinggi di Dewan Jubli Intan, Kota Tinggi.
Program anjuran Institut Dato’ Onn dengan kerjasama Pejabat Daerah Kota Tinggi menjadi platform penting untuk mendekati anak muda dengan memberi fokus kepada pendedahan hala tuju pembangunan negeri, kepimpinan, pembinaan sahsiah dan peluang kerjaya untuk mahasiswa serta belia tempatan.
Pelbagai pengisian ilmiah termasuk sesi townhall bertemakan ‘Menyatu Aspirasi, Menggerak Johor’ yang memperjelas tentang agenda Maju Johor 2030, Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan Johor Talent Development Council (JTDC).
Pendekatan dua hala tersebut amat signifikan untuk membina kefahaman yang jelas dan merapatkan jurang komunikasi serta melatih anak muda Johor menjadi pelapis kepimpinan yang lebih matang dan berdaya saing di masa hadapan.
Terdahulu, YB Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor hadir menyampaikan ucaptama di Program ABNJ Tahun 2026 Daerah Kota Tinggi. Turut hadir adalah Ts. Mohd Johari Tarmidi, Pengarah Institut Dato’ Onn.
#JohorSafeZone
#ABNJ2026
#KotaTinggi
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


