MISI GEGAR PENTAS ASIA, JDT BURU KEMENANGAN SETERUSNYA DI SSI

Stadium Sultan Ibrahim bakal menjadi gelanggang pertembungan antara kelab terkemuka Malaysia dan Port FC dari Thailand dalam saingan ACLE 2026/27, esok pada jam 6.00 petang. | Foto arkib MDJ
#IskandarPuteri – Stadium Sultan Ibrahim (SSI) bakal menjadi saksi pertempuran sengit dalam saingan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) 2026/27, mempertemukan kelab paling berjaya di tanah air dengan wakil Thailand, Port FC pada esok.
Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) memulakan kempen ACLE 2026/27 dengan keputusan seri menentang Buriram United di halaman sendiri. Namun, kebangkitan luar biasa di tempat lawan ketika menundukkan gergasi Korea Selatan, Pohang Steelers membuktikan bahawa Harimau Selatan berada pada puncak prestasi terbaik dan tidak akan menoleh ke belakang lagi.
Kemenangan bergaya di tempat lawan itu jelas membuktikan JDT kini berada dalam kelas tersendiri untuk menggegarkan pentas Asia, sekali gus memburu kemenangan kedua di SSI bagi mengukuhkan kedudukan dalam kelompok teratas Zon Timur.
Tatkala para pemain memberikan komitmen di atas padang, peranan penyokong sebagai ‘Pemain Ke-12’ di tempat duduk penonton adalah amat kritikal. Segala sorakan dan laungan daripada anda semua merupakan nadi utama yang membakar semangat juang pasukan.
Perlawanan dijadualkan berlangsung pada jam 6.00 petang. Tiket perlawanan masih boleh dibeli secara dalam talian melalui laman web rasmi Tickethotline Malaysia.
Ayuh seluruh penyokong, penuhkan Stadium Sultan Ibrahim!
Luaskan Kuasamu Johor!
#JohorSafeZone
#JDTvPOR
#ACLElite
#TheTMJeffect
#WeAreAMovement
#SukanMDJ
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor



