JDT IV JULANG TROFI PIALA BELIA UNTUK KALI KETIGA BERTURUT-TURUT

Kejayaan ini bukan hanya sekadar menambah koleksi trofi, malah ia turut membuktikan hasil pembangunan bakat muda yang terus diperkasa bagi melahirkan pemain berkualiti sebagai pelapis bola sepak Johor dan negara. | Foto FB Hairi Mad Shah
#IskandarPuteri – Skuad Akademi Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT IV) menamatkan kempen Piala Belia 2026 dengan menundukkan Akademi Mokhtar Dahari A (AMD A) 2-1 dalam aksi terakhir di Stadium Majlis Perbandaran Kulai (MPKu), semalam.
JDT IV yang sudah mengesahkan kejuaraan pada 11 Oktober lalu melengkapkan kejayaan mencipta ‘hat-trick’ apabila muncul juara Piala Belia buat tiga tahun berturut-turut selepas mengumpul 61 mata daripada 22 perlawanan.
Dalam aksi tersebut, JDT IV mempamerkan prestasi cemerlang menerusi jaringan Tengku Hasyri pada minit ke-42 sebelum Adam Muqriz menambah gol kedua tiga minit kemudian untuk memastikan kemenangan 2-1 ke atas AMD A.
Kejayaan itu mencerminkan keberkesanan sistem pembangunan bakat muda akademi JDT dalam melahirkan pemain berkualiti, berdisiplin dan kompetitif sebagai pelapis bola sepak Johor serta negara.
Konsistensi yang ditampilkan sepanjang musim turut membuktikan keupayaan skuad muda itu mengekalkan prestasi pada tahap tertinggi dalam saingan bola sepak pembangunan negara.
Terdahulu, YB Tuan Mohd Hairi Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor hadir menyampaikan pingat kepada para pemenang. Hadir sama, YBhg. Encik Alistair Edwards, Ketua Pegawai Operasi dan Pengarah Teknikal JDT.
#JohorSafeZone
#JDTIV
#PialaBelia
#AkademiJDT
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


