LEBIH RM216 JUTA PERKASA ORANG MUDA, PENDIDIKAN DAN SUKAN JOHOR

Kerajaan Negeri turut memperuntukkan sebanyak RM16.5 juta bagi Skim Pinjaman Pelajaran Mahasiswa IPT, RM13.5 juta untuk program Johor Podium For SUKMA 2028 serta RM12.5 juta bagi program Bantuan Laptop Siswa Johor. | Foto MDJ Nazreen
#IskandarPuteri – Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM216.565 juta menerusi Belanjawan Johor 2027 bagi memperkasa Orang Muda Johor, pendidikan serta pembangunan sukan menerusi 64 tekad yang digariskan di bawah teras berkenaan.
Peruntukan itu meliputi pelbagai inisiatif termasuk Pemerkasaan Kepimpinan Orang Muda Johor dan Kesukarelawanan, Pemerkasaan Pendidikan Bangsa Johor serta Sukan Berprestasi Tinggi dan Bakat Atlet Johor.
Antara tekad dengan peruntukan terbesar ialah penganjuran bola sepak dan futsal Sukan SEA Malaysia 2027 sebanyak RM40.7 juta, Bantuan Sokongan Pendidikan Anak Asnaf RM27.8 juta serta Program Back To School RM16.8 juta.
Kerajaan Negeri turut memperuntukkan sebanyak RM16.5 juta bagi Skim Pinjaman Pelajaran Mahasiswa IPT, RM13.5 juta untuk program Johor Podium For SUKMA 2028 serta RM12.5 juta bagi program Bantuan Laptop Siswa Johor.
Keseluruhan inisiatif berkenaan mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri dalam mempersiapkan generasi muda yang berilmu, berinovasi dan berintegriti, di samping membuka ruang kepada mereka untuk mencipta peluang, menguasai teknologi serta mengukir nama di pentas dunia.
Terdahulu, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, membentangkan Belanjawan Johor 2027 bertemakan ‘Johor Maju, Rakyat Sejahtera’ pada Mesyuarat Kedua (Belanjawan 2027) bagi Penggal Persidangan Pertama Dewan Negeri Johor Ke-16 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, hari ini.
#JohorSafeZone
#BelanjawanJohor2027
#JohorMajuRakyatSejahtera
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


