LAUNGAN DAULAT TUANKU BERGEMA DI DEWAN NEGERI JOHOR

Pembentangan Belanjawan Johor 2027 dimulakan dengan sembah tahniah dan ucapan selamat kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda pada 22 November ini oleh YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, sebagai tanda kesetiaan dan penghormatan kepada institusi Diraja. | Foto MEDKOM
#IskandarPuteri – Pembentangan Belanjawan Johor 2027 yang berlangsung hari ini dimulakan dengan sembah tahniah dan ucapan selamat kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda yang bakal disambut pada 22 November ini.
YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor terlebih dahulu merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi ucapan tahniah serta ucapan selamat kepada Seri Paduka Baginda sebelum melaungkan DAULAT TUANKU! sebanyak tiga kali di hadapan persidangan.
Laungan tersebut kemudiannya disusuli serangkap pantun yang menzahirkan kesetiaan dan penghormatan kepada Seri Paduka Baginda dengan membawa makna kesejahteraan rakyat serta kemakmuran negeri sebagai asas hubungan antara institusi Diraja dengan rakyat.
Dalam ucapan sama, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi turut menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor atas kebijaksanaan, kepimpinan serta naungan berterusan dalam memacu arus pembangunan dan kemajuan negeri demi kesejahteraan Bangsa Johor.
Penghormatan tersebut turut dizahirkan menerusi serangkap pantun yang menegaskan kedudukan Raja sebagai pemimpin yang menaungi rakyat serta menjadi lambang maruah dan kemegahan Negeri Johor.
Terdahulu, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor membentangkan Belanjawan Johor 2027 bertemakan ‘Johor Maju, Rakyat Sejahtera’ pada Mesyuarat Kedua (Belanjawan 2027) bagi Penggal Persidangan Pertama Dewan Negeri Johor Ke-16 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, hari ini.
#JohorSafeZone
#BelanjawanJohor2027
#JohorMajuRakyatSejahtera
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor



