RM5 JUTA PERLUAS INISIATIF DECANTING KE TIGA LAGI KLINIK, MANFAATKAN 370,000 PENDUDUK

YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor membentangkan Belanjawan Johor 2027 pada Mesyuarat Kedua (Belanjawan 2027) bagi Penggal Persidangan Pertama Dewan Negeri Johor Ke-16 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, hari ini. | Foto MDJ Nurina Aisyah
#IskandarPuteri – Kerajaan Negeri Johor memperuntukkan sebanyak RM5 juta menerusi Belanjawan Johor 2027 bagi memperluas pelaksanaan inisiatif pemindahan sebahagian perkhidmatan klinik kesihatan decanting ke tiga lagi lokasi, sekali gus dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 370,000 penduduk.
Perluasan inisiatif berkenaan melibatkan Klinik Kesihatan (KK) Taman Universiti, KK Senai dan KK Mengkibol bagi mengurangkan kadar kesesakan serta memudahkan akses kepada perkhidmatan pemeriksaan dan rawatan susulan, khususnya membabitkan golongan ibu dan anak.
Selain itu, pelaksanaan itu merupakan kesinambungan pendekatan sama yang telah diperkenalkan di KK Gelang Patah, KK Sultan Ismail dan KK Kulai dengan memindahkan sebahagian perkhidmatan ke premis lain yang lebih bersesuaian bagi meningkatkan keselesaan kepada golongan pesakit.
Jelasnya, inisiatif berkenaan mengambil kira keperluan golongan ibu mengandung dan ibu membawa anak kecil yang sering berdepan dengan isu kesesakan serta tempoh menunggu yang lama ketika mendapatkan pemeriksaan dan rawatan susulan.
Sehubungan itu, Kerajaan Negeri Johor akan terus memperluas inisiatif decanting ini secara berperingkat ke seluruh daerah bagi mengurangkan kesesakan di klinik kesihatan, mempertingkat akses kepada kemudahan rawatan serta memastikan kesejahteraan Bangsa Johor terus diberi perhatian.
Terdahaulu YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor membentangkan Belanjawan Johor 2027 pada Mesyuarat Kedua (Belanjawan 2027) bagi Penggal Persidangan Pertama Dewan Negeri Johor Ke-16 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, hari ini.
#BelanjawanJohor2027
#Decanting
#KlinikKesihatanJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor



