AIDILFITRI MERIAH BERSAMA MASYARAKAT ORANG ASLI


YB Dato’ Zahari Sarip, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor memberi sumbangan duit raya kepada masyarakat KOA Simpang Arang. | Foto Zahari Sarip

 

#IskandarPuteri – Sambutan Aidilfitri menjadi penuh bermakna buat masyarakat Orang Asli di Kampung Orang Asli (KOA) Simpang Arang dekat Gelang Patah apabila menerima kunjungan daripada Kerajaan Negeri.

 

Ziarah kasih sempena bulan Syawal yang mulia itu menjadi platform mengeratkan silaturahim sekali gus mencerminkan keprihatinan Kerajaan Johor memelihara kesejahteraan komuniti tersebut.

 

Untuk rekod, keseluruhan kira-kira RM23.21 juta telah diperuntukkan Kerajaan menerusi Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) pada tahun 2024 dan 2025 untuk pembangunan masyarakat Orang Asli di negeri ini.

 

Usaha pembangunan berkenaan meliputi pelaksanaan program dan projek ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, infrastruktur, naik taraf jalan perhubungan, bekalan air terawat, modal insan serta pemerkasaan adat dan budaya.

 

Terdahulu, YB Dato’ Zahari Sarip, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor mengunjungi kediaman Noore Kasi, Batin KOA Simpang Arang.

 

Kunjungan yang disertai YB Datuk Pandak Ahmad, Ahli Dewan Negeri Johor Kawasan Kota Iskandar dan YBhg. Tuan Faisal Long, Pengarah JAKOA Negeri Johor itu turut menziarahi kediaman penduduk.

 

#IndahnyaSyawal
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor