ALUMNI AKADEMI TULANG BELAKANG PENTADBIRAN NEGERI
Seramai 129 alumni yang terdiri daripada 40 Pegawai Tadbir Negeri Johor, 15 Penolong Pegawai Tanah, 2 Penolong Pegawai Tadbir dan 72 Pembantu Tadbir hadir pada Majlis Penghargaan Alumni Akademi Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor 2023/2024 yang diadakan di Dewan Banquet, Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar.
YB Dato’ Haji Ismail Abu, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan) selaku Pengarah Akademi Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor menghargai usaha gigih alumni akademi yang merupakan tulang belakang kepada pentadbiran negeri, selain memainkan peranan penting dalam merancang dan menyelia pelbagai dasar serta program yang memacu pembangunan Negeri Johor ke arah lebih cemerlang.
Selain itu, beliau berharap agar alumni akademi terus membawa nama baik institusi dan Negeri Johor ke peringkat yang lebih tinggi.
Turut hadir, YM Ungku Mohd Tahir Ungku Mohd Zakaria, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pendidikan YPJ Sdn. Bhd.; YM Hajah Ungku Khalsom Sofia Ungku Yusoff, Ketua Pegawai Pembangunan Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ) dan Puan Hairulnisha Rabon, Ketua Penolong Setiausaha (Unit Perkhidmatan) Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Johor.
#AkademiPerkhidmatanTadbirNegeriJohor
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor