APLIKASI JOHORPAY BAKAL DITAMBAH BAIK DEMI KEMUDAHAN PENGGUNA
ISKANDAR PUTERI — Pelaksanaan terimaan hasil perumahan melalui platform pembayaran Johorpay bakal ditambah baik.
Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ) dengan kerjasama anggota Jawatankuasa Johorpay melibatkan pihak ICT@Johor dan Perbendaharaan Negeri Johor telah mengadakan Bengkel Penambahbaikan Johorpay Terimaan Perumahan baru-baru ini.
Memetik hantaran dimuat naik dalam Facebook rasminya, bengkel tersebut dilaksanakan bagi mengenal pasti isu yang dihadapi sepanjang pelaksanaan aplikasi tersebut digunakan sebelum ini.
“Input-input telah dikumpul dan diperhalusi bagi mengenal pasti serta mengambil tindakan penambahbaikan supaya isu-isu tersebut dapat ditangani dan diselesaikan demi kemudahan pemegang taruh ketika membuat pembayaran melalui aplikasi Johorpay,” jelas PKPJ.
Aplikasi Johorpay menawarkan perkhidmatan pembayaran seperti pembayaran Sijil Tawaran Lot Bumiputera, Sijil Layak Memiliki Rumah RMMJ, Fi Kebenaran Pindah Milik serta bayaran sewa Projek Perumahan Rakyat (PPR).
Selain itu, platform pembayaran bersepadu secara dalam talian Johorpay ini juga turut menyediakan kemudahan bayaran perkhidmatan agensi-agensi Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Badan Berkanun Negeri Johor.
Bagi informasi penuh dan maklumat lanjut mengenai aplikasi ini, sila layari https://johorpay.johor.gov.my/
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor