Artikel oleh Muhammad Imran Mohd Razib

MENTERI BESAR LANCAR PEMASANGAN WIFI DI MASJID, SURAU

  KLUANG — Kerajaan Johor melaksanakan inisiatif pemasangan kemudahan WiFi secara percuma di setiap masjid dan surau bagi manfaat jemaah khususnya golongan muda.   Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz berkata, langkah tersebut diharap dapat menarik ramai masyarakat untuk kembali mendekati masjid dan surau selain mengembalikan peranan rumah ibadat itu sebagai tempat rujukan umat Islam […]

KERAJAAN JOHOR SIAP SIAGA PASTIKAN ALIRAN TRAFIK LANCAR PADA AIDILFITRI

  JOHOR BAHRU — Menjelang sambutan Aidilfitri hujung minggu ini, Kerajaan Negeri Johor sudah membuat persiapan yang rapi bagi memastikan aliran trafik di jalan raya dan pintu sempadan keluar masuk berjalan lancar.   Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Saleh, berkata semua agensi yang berkaitan telah diarahkan […]

UTHM – HPSF KERJASAMA PASTIKAN STOK DARAH MENCUKUPI

  PAGOH — Kolej Kediaman Kampus Pagoh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (KKKP-UTHM) dan Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar mengadakan program kerjasama bagi memastikan stok bekalan darah mencukupi sepanjang bulan Ramadan.   Menurut Timbalan Pengetua 1 KKKP-UTHM, Ing Ts Dr Mohd Faisal Hashim, berkata inisiatif itu dilakukan selepas pihaknya menerima maklumat mengenai jumlah penderma […]

29 LOKASI JUALAN KHAS SYAWAL MADANI PERINGKAT NEGERI JOHOR

  MUAR — Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan membuka Jualan Syawal Madani di 29 outlet pemasaran FAMA seluruh negeri Johor termasuk Pasar Tani, Pasar Tani Kekal dan Agrobazaar Rakyat (ABR).   Progam ini bertujuan untuk memberi peluang kepada usahawan untuk mengadakan jualan semasa musim Aidilfitri yang menyasarkan […]

MENTERI BESAR: MEDIA BERPERANAN PENTING DI NEGERI JOHOR

    JOHOR BAHRU — Kerajaan Negeri menghargai pelbagai peranan yang dimainkan oleh pengamal media termasuk sebagai perantara dalam berkongsi dasar dan inisiatif yang dilaksanakan bagi menjayakan misi Johor menjadi negeri maju menjelang 2030.   Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata pengamal media turut bertindak sebagai barisan hadapan di dalam menyalurkan maklumat yang […]

KERAJAAN JOHOR CARI TITIK PENYELESAIAN : ISU DLP

  ISKANDAR PUTERI – Kerajaan negeri memahami kebimbangan ibu bapa dan pelajar di sebuah sekolah di Johor Bahru, berikutan isu Program Dwi-Bahasa (DLP) sehingga berlakunya demonstrasi.   Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor, Norlizah Noh berkata, beliau sedaya upaya mencari titik penyelesaian untuk semua pihak.   “Saya percaya bahawa masa depan dan kemenjadian […]

JDT MARA KE SUKU AKHIR PIALA FA

  ISKANDAR PUTERI — Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya melangkah ke suku akhir saingan Piala FA 2023 selepas menewaskan PDRM FC 3-0 di Stadium Sultan Ibrahim, sebentar tadi. Pada aksi pusingan 16 pasukan itu, JDT membuka jaringan seawal minit ke-3 menerusi Bergson Da Silva yang menanduk masuk hantaran lintang dari Arif Aiman Hanapi. […]

SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI JOHOR TERIMA KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH LPP JOHOR

  Setiausaha Kerajaan Johor, YB Tan Sri Dato’ Dr Hj Azmi Rohani menerima kunjungan hormat daripada pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Negeri Johor, Amiruddin Bahar di Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar.   Kunjungan tersebut diadakan oleh Amiruddin bagi memaklumkan beliau kini menjawat jawatan Pengarah LPP Negeri Johor berkuatkuasa 14 Mac yang lalu.   Menerusi […]

JDT RANCAK ‘BELASAH’ SANG KENARI

  ISKANDAR PUTERI — Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mempamerkan aksi kelas tersendiri dengan menewaskan Kedah Darul Aman FC 6-0 di Stadium Sultan Ibrahim, sebentar tadi.   Juara bertahan Liga Super berada di hadapan pada minit ke-23 menerusi tampanan Fernando Forestieri yang menewaskan penjaga gawang pelawat.   Bermula aksi separuh masa kedua, skuad bimbingan […]

TEKAD JOHOR GANDA HASIL PERTANIAN : MB

  ISKANDAR PUTERI — Johor bertekad menggandakan hasil pertanian dalam tempoh lima tahun bagi menangani isu keterjaminan makanan dan menjadikan negeri ini sumber utama makanan untuk negara.   Bagi menjayakan tekad tersebut, berlangsung Majlis Pertukaran Dokumen Perjanjian Projek Lembah Tenusu Jemaluang (JDV) dan Program Kluster Fertigasi Cili, projek ekonomi di bawah Majlis Pembangunan Wilayah Pembangunan […]