APM JOHOR LATIH 65,701 ORANG AWAM HADAPI MTL
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Johor melatih 65,701 orang awam sepanjang tahun ini, menerusi penerangan dan pendedahan berkaitan risiko bencana sebagai persiapan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang sudah bermula awal November lalu. Pengarahnya, Penolong Pesuruhjaya (PA) Kamal Mokhtar memaklumkan latihan tersebut merangkumi ceramah keselamatan kepada penduduk di kawasan berisiko banjir menerusi […]