BANTUAN BERI KELEGAAN KEPADA MANGSA BANJIR

Penyerahan Bantuan Khas Kewangan Bencana Banjir Monsun Timur Laut (MTL) Gelombang Kelima yang diperuntukkan bagi meringankan beban mangsa terjejas banjir. | Foto MDJ Nurina Aisyah
#Pontian – Seramai 795 ketua isi rumah (KIR) berdaftar di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Pontian menerima Bantuan Khas Kewangan Bencana Banjir Monsun Timur Laut (MTL) Gelombang Kelima berjumlah RM3,000 daripada Kerajaan Negeri bagi meringankan beban mereka yang terjejas.
Bantuan tersebut diserahkan di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Pekan Nanas dengan penyerahan sebanyak RM1.27 juta kepada 425 KIR diikuti RM552,000 (154 KIR) di Dewan Serbaguna Benut, RM381,000 (127 KIR) di Dewan Masjid Jamek Teluk Kerang serta RM267,000 (89 KIR) di Dewan Jubli Intan Pontian.
Penyerahan melibatkan Fasa 1 dan Fasa 2 bencana itu mencerminkan keprihatinan Kerajaan Negeri untuk membantu mangsa banjir terjejas pada bulan Januari dan Mac yang mengalami kerosakan harta benda membeli barang keperluan terutama menjelang perayaan Aidilfitri tidak lama lagi.
Sementara itu, penyampaian bantuan khas kewangan yang dilaksanakan secara serentak di enam daerah terjejas banjir iaitu Johor Bahru, Kulai, Kota Tinggi, Pontian, Kluang dan Batu Pahat pada hari ini, juga bagi memastikan tiada yang tercicir dalam menerima bantuan berkenaan.
Terdahulu, YBhg. Tuan Haji Kamalludin Jamal, Pegawai Daerah Pontian hadir menyerahkan Bantuan Khas Kewangan Bencana Banjir MTL Gelombang Kelima kepada mangsa banjir yang diadakan di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Pekan Nanas dan Dewan Serbaguna Benut.
#BantuanKhasBanjir
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor