BANTUAN KASIH JOHOR MEMPERKASA WANITA KE ARAH KEMAJUAN INKLUSIF

Golongan wanita di Johor turut tidak ketinggalan menikmati manfaat daripada peningkatan hasil negeri apabila Kerajaan Johor memperkenalkan Bantuan Kasih Johor (BKJ) bagi memperkasa peranan mereka dalam pembangunan negeri. | Foto MDJ Nurina Aisyah
#IskandarPuteri – Kerajaan Johor terus memperkasa institusi wanita dengan menyediakan insentif Bantuan Kasih Johor (BKJ) melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) sebagai usaha bagi membolehkan wanita memainkan peranan signifikan dalam pembangunan inklusif di negeri ini.
Menerusi Belanjawan Johor 2026, Kerajaan Negeri mengumumkan bantuan BKJ bagi Ibu Tunggal yang berdaftar di bawah YPKDT layak menerima insentif sebanyak RM500 dengan peruntukan sebanyak RM24.27 juta yang berupaya memberi manfaat kepada 48,537 penerima di seluruh Johor.
Bagi Nur Susila Amat, 45, memberitahu bantuan BKJ untuk ibu tunggal ini sedikit sebanyak dapat digunakan untuk menampung perbelanjaan anaknya yang masih belajar, sekali gus dapat meringankan beban serta turut berasa syukur menjadi Bangsa Johor kerana dapat merasai nikmat limpahan ekonomi di bawah kepimpinan YAB Menteri Besar Johor.
Selain itu, melalui BKJ kali ini Kerajaan Negeri turut memberi perhatian kepada Penggerak Sakinah, Wanita dan hospital di bawah YPKDT dengan peruntukan sebanyak RM87,000 dan setiap penerima manfaat akan menerima insentif sebanyak RM1,000 seorang.
Bagi Siti Norbaya Hamran, Penggerak Wanita Dewan Negeri Johor (DUN) Gambir mengucapkan jutaan terima kasih kepada YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor atas insentif yang diberikan yang sedikit sebanyak telah membalas rasa penat lelah yang diusahakannya selama ini sebagai tanda penghargaan kepada para sukarelawan.
Tambahnya lagi, pemberian ini menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap sukarelawan sepertinya yang selama ini tidak mendapat perhatian sepenuhnya dan ia amat bermakna buat kumpulan sukarelawan Penggerak Sakinah,Wanita dan Hospital di bawah YPKDT yang sentiasa bertungkus lumus menyediakan program untuk memastikan kesejahteraan keluarga di Johor sentiasa dalam keadaan terjamin.
#JohorSafeZone
#YPKDT
#IPesona
#IbuTunggal
#PenggerakWanita
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor



