BATU PAHAT SEDIA MENUJU STATUS DAERAH BERBUDAYA

YB Tuan Haji Mohd Fared Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor hadir menyempurnakan Program Sambutan Malam Ambang 2026 dan 25 Tahun Perbandaran Batu Pahat di Dataran Penggaram, Batu Pahat. | Foto MDJ Nurina Aisyah
#BatuPahat – Batu Pahat sudah bersedia menuju status daerah berbudaya menjelang Tahun Melawat Johor 2026 melalui penganjuran program ‘Meh La Johor’ sebagai usaha mempromosikan warisan dan budaya daerah ini yang bermula 31 Disember 2025 hingga 4 Januari 2026 di Dataran Penggaram, Batu Pahat.
Penganjuran bersama Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) dan Tourism Batu Pahat selaras dengan aspirasi menjadikan daerah ini sebagai destinasi pelancongan budaya yang berdaya tarikan sekali gus meningkatkan sektor pelancongan, merancakkan ekonomi setempat serta memperkukuh identiti Batu Pahat sebagai daerah berbudaya.
Bagi MTS Qairy Maheran, Pengerusi Tourism Batu Pahat memaklumkan sempena Tahun Melawat Johor 2026 Daerah Batu Pahat telah mengambil inisiatif menganjurkan Program Pelancongan Kebudayaan termasuk Tarian Hamdolok iaitu tarian tradisional Johor ini sekali gus memartabatkan kebudayaan tempatan melalui seni tarian tersebut.
Beliau juga menyatakan bahawa daerah ini akan terus mengetengahkan warisan dan kebudayaan yang menampilkan persembahan tarian zapin dan silat. Selain itu, penghasilan mural-mural khat di samping usaha membudayakan penglibatan golongan muda menerusi pertandingan motosikal retro serta penganjuran permainan sukan tradisional.
Dalam pada itu, MPBP turut meraikan 25 Tahun Perbandaran serta melancarkan logo terbaharu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tersebut. Sehingga kini, pelbagai pencapaian telah direkodkan oleh MPBP yang membawa Batu Pahat ke arah pembentukan Bandar Pintar selaras dengan pembangunan mampan dan keperluan bandar moden.
Terdahulu, YB Tuan Haji Fared Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor hadir menyempurnakan Program Sambutan Malam Ambang 2026 dan 25 Tahun Perbandaran Batu Pahat di Dataran Penggaram, Batu Pahat.
Hadir sama ialah YBhg. Tuan Haji Mohd Nazid Jasiman, Yang Dipertua MPBP; YBhg. Tuan Haji Mohammad Irfan Akmal Mohammad Ghazali, Penolong Pegawai Daerah Pembangunan Fizikal selaku wakil rasmi Pegawai Daerah Batu Pahat; YBhg. Encik Zaidi Japar, Ketua Whip Ahli Majlis MPBP; YB Tuan Haji Mohd Yusla Ismail, Ahli Dewan Negeri (ADUN) Senggarang serta YB Puan Gan Peck Cheng, ADUN Penggaram.
#JohorSafeZone
#MehLahBatuPahat
#25TahunPerbandaranBP
#TourismBatuPahat
#VisitJohor2026
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor



