BELANJAWAN 2024 SEIMBANG : EXCO KERAJAAN JOHOR


Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah sambut baik pembentangan Belanjawan 2024 oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. | Foto arkib MDJ

 

Ikhtiar melibatkan sektor usahawan, pemerkasaan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) serta sumber manusia yang banyak diberikan penekanan dalam Belanjawan 2024 disambut baik oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah.

 

Peruntukan diberikan antaranya dalam bentuk pinjaman, jaminan pembiayaan, geran mahupun dana diyakini boleh dimanfaatkan oleh jabatan dan agensi terlibat dalam memberikan kemudahan kepada kumpulan sasar bagi meningkatkan produktiviti serta maju dalam perniagaan diusahakan.

 

Pemerkasaan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di setiap DUN turut boleh dimanfaatkan oleh para pengusaha kecil secara dalam talian, demi ke arah keusahawanan digital. Begitu juga program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE), skim TEKUN Belia Mobilepreneur selain usaha membangunkan bakat tempatan yang selari dengan Agenda Maju Johor.

 

Menjelang pembentangan Belanjawan Johor 2024 oleh Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi pada November ini, nantikan sebuah belanjawan dengan tawaran strategi dan ikhtiar yang lebih berfokus sekali gus menyentuh segenap aspek keperluan yang hadir dari suara Bangsa Johor.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor