JABATAN PERTANIAN NEGERI JOHOR KOMITED TINGKAT BIDANG INOVATIF JOHOR


Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Dato’ Zahari Sarip merasmikan Sambutan Hari Inovasi di KSL Hotel & Resort Johor Bahru. | Foto MDJ Huda Mahsen

 

Jabatan Pertanian Negeri Johor akan memainkan peranan penting dalam menghasilkan lebih ramai warga petani dalam pelbagai sektor pertanian sekali gus dapat memastikan keterjaminan sekuriti makanan negara berada pada tahap yang terbaik.

 

Usaha seumpama ini akan dapat direalisasikan menerusi pemupukan budaya kreativiti dan inovasi, selain penggunaan teknologi berteknologi tinggi yang secara tidak langsung mampu meningkatkan hasil pengeluaran pada masa akan datang.

 

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Dato’ Zahari Sarip, hari ini merasmikan Sambutan Hari Inovasi bertemakan ‘Inovasi Pertanian ke Arah Keterjaminan Makanan’ bagi mengiktiraf daya kreativiti dan inovasi kakitangan jabatan, petani serta usahawan tani untuk terus menggembleng tenaga memberikan perkhidmatan terbaik dalam meningkatkan hasil pertanian negara.

 

Tema tersebut bertepatan dengan senario semasa yang mengangkat aspek keterjaminan makanan menerusi teras utama Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0) dan Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara 2021-2025.

 

Selain dapat menambah baik produk inovasi yang berpotensi memberi impak kepada golongan sasar, Jabatan Pertanian Negeri Johor turut memberi tumpuan kepada penciptaan produk berinovasi tinggi mempunyai nilai komersil yang boleh dipatenkan dan akan dipilih mengikut kesesuaian untuk dipertandingkan sama ada di peringkat kebangsaan ataupun global.

 

Selain itu, Kerajaan Negeri juga akan turut memberi perhatian terhadap isu perubahan iklim yang sedikit sebanyak memberi cabaran semasa kepada pemain industri sektor pertanian dalam menghasilkan produktiviti dan kualiti hasil tanaman yang terbaik.

 

Turut hadir, Pengarah Pertanian Negeri Johor, Yosri Mohd; Pengarah Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman, Azreen Basir dan Timbalan Pengarah Pertanian, Mohd Hafiz Ramly.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor