BELIA ISLAM JOHOR PERLU CONTOHI KEPERIBADIAN SAIDINA ALI


Tazkirah daripada Al-Fadil Ustaz Fadzil Sohar, Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) | Foto MDJ Wira Anggara

 

Mencontohi akhlak dan keperibadian mulia Saidina Ali Abu Talib R.A menjadi intipati tazkirah yang disampaikan kepada lebih 300 jemaah yang hadir ke di Masjid Ar-Rahman, FELDA Bukit Besar dalam program Semarak Subuh sempena Jelajah Aspirasi Orang Muda Johor @ Kota Tinggi Tahun 2024.

 

Tazkirah daripada Al-Fadil Ustaz Fadzil Sohar, Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) itu mengajak jemaah khususnya belia memperkukuhkan sifat mahmudah supaya terus berada pada landasan agama yang benar.

 

Selain bacaan Surah Al-Kahfi dan tazkirah tersebut, turut disempurnakan penyampaian sumbangan daripada Kerajaan Negeri kepada Masjid Ar-Rahman, FELDA Bukit Besar serta pelajar tahfiz diikuti dengan jamuan sarapan yang disediakan sempena program tersebut.

 

Semarak Subuh merupakan antara aktiviti dalam Jelajah Aspirasi Orang Muda Johor @ Kota Tinggi yang bersekali dengan Hari Belia Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) bersempena sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Johor 2024.

 

Turut hadir, YB Mohd Hairi Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor; YB Dato’ On Jabbar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan); YBhg. Ahmad Nazir Mohd Nasir, Pegawai Daerah Kota Tinggi serta YBhg. Zihan Ismail, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pengerang.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor