BERSATU HATI DEMI JOHOR


Stadium Sultan Ibrahim.

 

Telunjuk lurus, kelingking berkait. Itu sudah menjadi lumrah dunia, apabila kita berada di atas, pasti akan ada ‘tangan-tangan’ mula mengait dan sentiasa ingin menarik semula ke bawah.

 

Asasnya bermula dari tahun 2013 lagi dan sehingga ke hari ini, Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah melalui pelbagai pengalaman. Sebuah kelab yang mempunyai misi dan visi yang telah diatur dengan jelas sejak awal kewujudan… selalu dahagakan kejayaan dan sentiasa berkemahuan tinggi untuk menggapai lebih banyak kemajuan.

 

DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor antara sosok individu yang bertanggungjawab dalam menerapkan konsep kekeluargaan dan elemen ini ternyata telah menjadikan ‘Keluarga JDT’ sebagai sesuatu yang amat luar biasa.

 

Melalui JDT, Baginda berjaya menterjemahkan perpaduan antara kaum dalam Negeri Johor dan telah bertitah bahawa tiada perbezaan kasta, agama, status, dan reputasi dalam menyokong bola sepak. Bagi Baginda, semua individu perlu bersama-sama untuk bersatu dalam menyokong dan memberikan sepenuh kepercayaan tanpa sebarang keraguan kepada organisasi.

 

“Kadangkala sesetengah orang lemah ingin menyakitkan anda tetapi apabila anda bertindak, mereka berlakon seolah-olah anda menyakiti mereka. Walau apa pun, sentiasa kekal positif kerana kadangkala harimau juga perlu bercuti dan berenang”- DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor.

 

Tatkala organisasi ini bergelumang dengan pelbagai tohmahan dan kejian, ujian sebenar kepada penyokong JDT adalah kesetiaan dan tahap pemikiran. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

 

Selagi penyokong bersatu padu dan bersama-sama bersorak, sudah pasti pelbagai perkara yang boleh dicapai di masa hadapan. Usahlah kita berpecah belah dan biarkan minda dipermainkan oleh anasir-anasir luar yang mahu merobohkan empayar ini.

 

Johor akan sentiasa jadi Johor.

 

#Chapter2
#SudutPandangPenyokong
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor