BRR RINGAN BEBAN RAKYAT, GALAK PENIAGA TAWAR MENU RAHMAH
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Johor komited mengurangkan beban kos sara hidup rakyat di bulan Ramadan menerusi inisiatif Bazar Ramadan Rahmah (BRR).
Sebanyak RM160,000 diperuntukkan bagi penganjuran BRR di lapan lokasi terpilih yang turut menggalakkan peniaga menawarkan menu RAHMAH pada harga RM5 dan ke bawah kepada penduduk setempat.
Turut ditawarkan baucar Touch ‘n Go eWallet bernilai RM20 kepada pengguna dan RM50 untuk peniaga bagi memperluaskan Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI) yang menggalakkan transaksi tanpa tunai.
Untuk rekod, seramai 127 peniaga BRR di negeri ini, antaranya di Bazar Ramadan Perling Mall di Johor Bahru, Bazar Ramadan Taman Wawasan (Mersing), Bazar Ramadan Pesta Batu Pahat (Batu Pahat) dan Bazar Ramadan Laman SR Simpang Renggam (Kluang).
Selain itu, Bazar Ramadan Kipmart Kota Tinggi (Kota Tinggi), Bazar Ramadan Rezab MPPn Pekan Nanas (Pontian), Bazar Ramadan Taman Yayasan (Segamat) dan Bazar Ramadan Pusat Perniagaan Kampung Tengah (Muar).
Terdahulu, YB Lee Ting Han, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Johor mengadakan Walkabout BRR dan Program My Save Food Ramadan 2024 di Bazar Ramadan Perling Mall, hari ini.
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor