CABARAN PERUBAHAN IKLIM PERLU TINDAKAN KOLEKTIF BERSEPADU


Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini merasmikan Majlis Pembukaan Minggu Iklim Asia Pasifik 2023 (APCW 2023) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor. | Foto MDJ Wira Anggara

 

Perubahan iklim sebagai masalah global memerlukan tindakan kolektif daripada semua pihak. Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad memberitahu semua pihak mesti memainkan peranan dalam menangani fenomena global ini.

 

Malaysia komited untuk mengurangkan intensiti pelepasan Gas Rumah Kaca (GHG) sebanyak 45 peratus pada tahun 2030. Malah negara menetapkan aspirasi untuk mencapai pelepasan GHG sifar – bersih seawal tahun 2050.

 

Pelancaran Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara dan Pelan Induk Perindustrian Negara telah mencatatkan laluan perjalanan Malaysia ke arah masa depan sifar – bersih serta mencerminkan iltizam terhadap peralihan sistem tenaga melalui elektrifikasi, kecekapan tenaga dan mempercepatkan penggunaan Tenaga Boleh Diperbaharui (RE).

 

Terdahulu, Nik Nazmi berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Pembukaan Minggu Iklim Asia Pasifik 2023 (APCW 2023) berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor bermula 13 hingga 17 November ini. Turut hadir, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor