LRT, ART BANTU ATASI KESESAKAN JOHOR BAHRU

  Pembinaan sistem tren Transit Aliran Ringan (LRT) dan Transit Aliran Autonomi (ART) sangat diperlukan bagi membantu penyuraian penumpang dan menyokong pengoperasian Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura pada akhir Disember 2026 sekali gus menjadi penyelesaian kepada kesesakan trafik di bandar raya Johor Bahru.   Bagi merealisasikan penyediaan sistem pengangkutan yang kondusif menerusi pelaksanaan […]

ANGKAT TITAH PEMANGKU SULTAN JOHOR SEBAGAI AGENDA BESAR

  Dewan Negeri Johor merafak sembah dan menjunjung setinggi-tinggi kasih atas titah DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor ketika merasmikan Mesyuarat Pertama (Pembukaan Rasmi) Bagi Penggal Persidangan Ketiga Dewan Negeri Johor Yang Ke-15, Khamis lalu.   Titah sulung yang menyentuh soal kecukupan makanan, membasmi miskin tegar, pendidikan berkualiti, pembangunan belia, Zon Ekonomi Khas dan […]

AIDILFITRI PERERAT UKHUWAH PEGAWAI TADBIR NEGERI JOHOR

  Semangat dedikasi dan integriti serta disusuli ikatan setiakawan berjaya menghimpunkan ‘Keluarga JCS’ dalam Majlis Jalinan Adilfitri YB Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) bersama Persatuan Pegawai Tadbir Negeri Johor 2024 di Kediaman Rasmi SUK.   Majlis yang dihoskan oleh YB Tan Sri Dato’ Dr Hj Azmi bin Rohani itu turut juga berjaya menghimpunkan generasi lama dan […]

PDT TERUS KONGSI REZEKI

  Mengambil keberkatan Syawal, Permodalan Darul Ta’zim Sdn. Bhd (PDT) terus komited melaksanakan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan menyampaikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan.   Keprihatinan syarikat pemegang pelaburan negeri itu disifatkan YB Dato’ Ramlee A. Rahman, Ketua Eksekutif PDT sebagai sentuhan kasih dengan berkongsi sebahagian daripada laba ekonomi yang telah diamanahkan oleh Kerajaan […]

MASYARAKAT PERLU CELIK TEKNOLOGI, PERANGI JENAYAH SCAMMER

  Jenayah penipuan atas talian atau lebih dikenali scammer bukanlah sesuatu yang asing dalam kalangan masyarakat berikutan kes berkaitan isu ini sering menjadi antara ‘headline’ sama ada di media arus perdana hinggalah ke media sosial.   Pelbagai usaha telah digerakkan oleh pelbagai pihak bagi membanteras jenayah penipuan itu termasuk menjalanlan kempen kesedaran dan terkini, Program […]

PBT DIARAH FOKUS 120 HOTSPOT BANJIR

  Kerajaan Negeri menyarankan 16 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Johor memberikan tumpuan kepada usaha mengatasi isu banjir di 120 kawasan hotspot yang dikenal pasti secara berfasa.   Perancangan pembangunan baharu perlu melibatkan kajian bagi tempoh lima hingga ke 10 tahun ke hadapan meliputi sistem saliran dan perparitan yang mengambil kira keadaan untuk jangka […]

KUMPULAN PERTAMA JEMAAH HAJI RKJ BERLEPAS 18 MEI

  Seramai 500 jemaah haji Rombongan Kerajaan Johor (RKJ) dijadual berangkat ke Tanah Suci secara berperingkat bermula 18 Mei ini, untuk menunaikan Rukun Islam Kelima bagi musim haji 1445H/2024M.   Kesemua mereka merupakan antara 3,500 duyufurrahman negeri ini, yang akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum […]

JOHOR PERTINGKAT CAPAIAN INTERNET PANTAS PERCUMA

  Kerajaan Johor melancarkan perkhidmatan WiFi Premium Maju Johor bagi menaik taraf capaian internet di negeri ini, sekali gus membolehkan Bangsa Johor menikmati akses internet pantas dan meluas di beberapa lokasi menjelang Julai ini.   Inisiatif terbaharu Kerajaan Johor itu dijangka dapat memberi manfaat kepada lebih 12,000 keluarga terutamanya di 25 kawasan hotspot Program Perumahan […]

16,000 TETAMU MERIAHKAN JELAJAH ASPIRASI ORANG MUDA JOHOR @ JOHOR BAHRU

  Jelajah Aspirasi Orang Muda Johor @ Johor Bahru menampilkan kelainan tersendiri apabila diadakan dalam suasana kemeriahan Syawal dan dianjurkan bersekali dengan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Larkin.   Lebih 16,000 tetamu terdiri golongan belia mewakili sukarelawan Southern Volunteers dan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari seluruh negeri ini, menyemarakkan jelajah yang memasuki siri ketiga […]

JBPM NEGERI JOHOR DISARAN TINGKAT ASPEK KESELAMATAN KEBAKARAN

  Mendepani cabaran perkembangan pembangunan pesat berlaku di negeri ini, menuntut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor melakukan persediaan rapi melibatkan aspek pemadaman kebakaran dan penyelamatan penguatkuasaan berkaitan keselamatan kebakaran.   Penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan Zon Kewangan Khas (SFZ) di Forest City, pembangunan residensi elit, pusat beli belah dan pusat […]