KACANG POOL SATUKAN RAKYAT MALAYSIA

  Sebut sahaja kacang pool, pasti terliur dengan keenakan sajian terkenal roti paun atau roti perancis cecah dengan kuah kacang parang berserta daging kisar yang dilengkapkan telur goreng.   Bukan sahaja popular dalam kalangan masyarakat negeri ini khususnya sekitar bandar raya Johor Bahru, tetapi menjadi hidangan pasti cuba kepada mereka dari luar negeri dan negara. […]

DUTA PERPADUAN JOHOR ‘EJEN’ KEHARMONIAN MASYARAKAT

  Duta Perpaduan Johor terdiri golongan muda di negeri ini, bersedia memainkan peranan signifikan menggerakkan usaha penerapan dan pemupukan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.   Bagi V. Shantya Thevi, 24, inisiatif Duta Perpaduan Johor mencerminkan keseriusan Kerajaan Negeri mendukung semangat perpaduan menerusi pendekatan turun padang mendekati masyarakat.   Penganjuran pelbagai program kempen kesedaran dan […]

NOSTALGIA DULU-DULU CETUS KREATIVITI SENI

  Bagi mereka lahir antara tahun 80 dan 90-an mesti mengenali malah pernah merasai pengalaman bermain permainan video arked serta konsol permainan pita video yang telah mewarnai zaman kanak-kanak suatu ketika dahulu.   Mengambil inspirasi permainan video yang pernah menjadi kegilaan kanak-kanak suatu masa dahulu, Dr. Fasehah Abdullah mencurahkan kreativitinya atas kanvas menghasilkan karya seni […]

SEMANGAT, KEHARMONIAN BANGSA JOHOR WAJAR DICONTOHI

  “Konsep Bangsa Johor masih kekal relevan hingga hari ini terutama selepas melihat kepada isu mengenai polarisasi kaum yang semakin meningkat secara berterusan. Bangsa Johor bermaksud semua orang bertanggungjawab untuk membangunkan Johor di samping menghormati budaya dan agama masing-masing kerana kita mahu setiap orang hidup dalam aman dan makmur,” demikian titah KDYMM Seri Paduka Baginda […]

REZEKI TUJUH SEKELUARGA TUNAI HAJI BERSAMA

  Menabung sejak awal usia dan mendaftar giliran haji lebih awal ternyata mengundang rezeki kepada tujuh sekeluarga berangkat ke Tanah Suci secara bersama untuk mengerjakan ibadah haji bagi musim 1445H / 2024M.   Berkat tabungan sejak 15 tahun lalu, Prof Ts. Dr. Safian bin Sharif, Pengarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kampus Pagoh menzahirkan kesyukuran kerana […]

KUMPULAN TERAKHIR ROMBONGAN KERAJAAN JOHOR BERLEPAS

  Kumpulan terakhir yang terdiri daripada 137 jemaah haji Rombongan Kerajaan Johor (RKJ) berlepas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) untuk berangkat ke Tanah Suci bagi mengerjakan ibadah haji musim 1445H / 2024M, petang tadi.   Untuk musim haji kali ini, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM3.7 juta bagi meringankan […]

SYUKUR, BERTUAH TERIMA BANTUAN KERAJAAN

  Memilih pulang ke kampung halaman selepas berkelana di luar negeri ternyata menjadi keputusan yang tepat buat Mohd Fazrul Nizam Juhari, 39, untuk mengusahakan perniagaan kedai kopi kecil-kecilan di Bandar Penawar terletak tidak jauh dari pusat pelancongan terkenal negeri, Desaru dan Tanjung Balau.   Kopinikasi yang diusahakan kini bukanlah suatu nama asing terutama bagi pecinta […]

GESA SPRM, PKPJ AMBIL TINDAKAN

  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ) digesa bekerjasama untuk mengambil tindakan ke atas pihak tidak bertanggungjawab yang terlibat dengan penyamaran sebagai ejen menawarkan perumahan kepada rakyat.   Secara tegas, Kerajaan Negeri menyifatkan perbuatan terbabit sebagai jijik dan menjengkelkan kerana mengambil kesempatan atas kesusahan dan kesempitan orang lain sekali […]

INSTITUSI KELUARGA TERUS DIBERI PERHATIAN

  Tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia. Begitulah perumpamaan melambangkan kehebatan seorang ibu dalam mencorak kehidupan anak-anak agar menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.   Menginsafi peranan seorang ibu tiada taranya, seramai kira-kira 500 ibu diraikan pada Sambutan Hari Ibu Peringkat Negeri Johor yang menjadi wadah terbaik bagi menghargai sumbangan dan […]

MISKIN TEGAR JOHOR MENURUN HAMPIR 40 PERATUS

  Jumlah miskin tegar menurun daripada 4,378 kepada 2,647 Ketua Isi Rumah (KIR) iaitu penurunan sebanyak 39.5 peratus, hasil usaha pasukan petugas yang ditubuhkan untuk memutihkan data miskin tegar secara besar-besar pada tahun lalu.   Meskipun positif dengan penurunan tersebut, Kerajaan Negeri memohon Ahli-Ahli Dewan Negeri Johor melakukan semakan ke atas data sedia ada seterusnya […]