PEJABAT PERTANIAN DAERAH KOTA TINGGI TERIMA ANUGERAH KHAS

  Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi dinobatkan sebagai penerima Anugerah Perdana Pensijilan Amalan Pertanian Baik (APB) Negeri Johor sekali gus merangkul Piala Anjasmara Ta’zim yang buat julung kalinya disampaikan.   Pengiktirafan itu telah disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Dato’ Zahari Sarip pada Majlis Apresiasi Pensijilan APB […]

PENSIJILAN MYGAP, MYORGANIC JOHOR MELEPASI SASARAN

  Jabatan Pertanian Negeri Johor berjaya merekodkan pencapaian 383 Skim Pensijilan Amalan Pertanian Baik Malaysia (myGAP) dan Skim Pensijilan Organik Malaysia (myOrganic) baharu bersamaan 114 peratus pada tahun lalu.   Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Dato’ Zahari Sarip memaklumkan daripada jumlah tersebut, sebanyak 369 adalah pensijilan myGAP manakala […]

JOHOR MAHU LAHIRKAN RAMAI PEMIMPIN MUDA UNGGUL

  Kerajaan Johor terus berikhtiar merealisasikan impian melahirkan ramai pemimpin muda yang mampu menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan negeri, demi menjayakan Johor sebagai negeri maju menjelang tahun 2030.   Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz Ghazi memaklumkan peruntukan sebanyak RM74.2 juta bagi Orang Muda Johor dalam Belanjawan Johor 2024 menjadi isyarat jelas Kerajaan Negeri memberi […]

AMARAN HUJAN TAHAP WASPADA 18 DISEMBER INI

  Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan pada tahap waspada melibatkan daerah Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru dijangka berlaku pada 18 hingga 21 Disember ini.   Justeru, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri mahupun Daerah disarankan untuk diaktifkan dan meningkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi bencana yang bakal berlaku terutama di kawasan […]

ISKANDAR MALAYSIA ‘SKOR A’, TERIMA PENGIKTIRAFAN CDP

  Iskandar Malaysia diiktiraf Carbon Disclosure Project (CDP) sebagai salah satu daripada 119 bandar di seluruh dunia menunjukkan kepimpinan berani terhadap tindakan alam sekitar dan ketelusan walaupun dalam tekanan persekitaran ekonomi global yang mencabar.   Pengiktirafan tersebut menyaksikan Iskandar Malaysia dinamakan pemimpin tindakan iklim dalam senarai CDP ‘Cities A List 2023′ yang merupakan kali keempat […]

APM JOHOR LATIH 65,701 ORANG AWAM HADAPI MTL

  Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Johor melatih 65,701 orang awam sepanjang tahun ini, menerusi penerangan dan pendedahan berkaitan risiko bencana sebagai persiapan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang sudah bermula awal November lalu.   Pengarahnya, Penolong Pesuruhjaya (PA) Kamal Mokhtar memaklumkan latihan tersebut merangkumi ceramah keselamatan kepada penduduk di kawasan berisiko banjir menerusi […]

TANGGUH HINGGA CUTI SEKOLAH BERAKHIR : MENTERI BESAR

  Kerja naik taraf melibatkan penutupan beberapa kaunter secara berfasa di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) diminta untuk ditangguhkan.   Menteri Besar, Dato’ Onn Hafiz Ghazi memaklumkan beliau sudah meminta supaya kerja-kerja naik taraf itu ditangguhkan sehingga cuti persekolahan akhir tahun berakhir.   Beliau berkata demikian sebagai memberi maklum balas […]

RM2.8 JUTA ATASI BANJIR KILAT JOHOR BAHRU

  Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM2.8 juta bagi menangani banjir kilat yang sering berlaku di tiga lokasi hotspot sekitar bandar raya Johor Bahru.   Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd Nasir memaklumkan peruntukan disalurkan pada tahun hadapan itu melibatkan kawasan Taman Sri Tebrau, Taman Majidee dan Kampung Mohd Amin.   Antara bentuk tindakan diambil […]

PERKONGSIAN STRATEGIK FOREST CITY TINGKAT KESALINGHUBUNGAN

  Forest City menjalin perkongsian strategik dengan Handal Indah Sdn. Bhd. bagi menyediakan perkhidmatan bas (FC1) berkuatkuasa hari ini, yang meningkatkan kesalinghubungan antara Forest City dan Kompleks Kastam Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Kompleks Sultan Abu Bakar, dekat Tanjung Kupang untuk ke Tuas, Singapura.   Perkhidmatan menerusi program ‘Park and Ride’ itu telah disempurnakan pelancarannya oleh […]

RANHILL SAJ TERIMA PENGIKTIRAFAN MBOR

  Ranhill SAJ melakar sejarah dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) apabila menjadi operator air pertama di Malaysia memiliki pensijilan ‘Hazard Analysis Critical Control Point’ (HACCP) daripada Intistut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) untuk 44 Loji Rawatan Air (LRA) di negeri ini.   Ketua Pegawai Eksekutifnya, Muhamad Faizal Aliar memaklumkan pensijilan dan pengiktirafan di […]