UMAR OSMAN PECAH REKOD 32 TAHUN SUKMA

  Stadium Sarawak menjadi saksi Umar Osman memecahkan rekod baharu sukan olahraga acara 800 meter lelaki dengan catatan masa 1:51.19 selepas 32 tahun rekod tersebut kekal.   Selepas membantu kuartet 4 x 400 meter lelaki dan memecahkan rekod acara kegemarannya 400 meter individu, Umar Osman yang berumur 21 tahun berpuas hati dengan pencapaian empat pingat […]

KERAJAAN JOHOR PERKASA PENGANGKUTAN AWAM MENERUSI BMJ

  Kerajaan Johor terus memperkukuh perkhidmatan Bas Muafakat Johor (BMJ) sebagai tonggak utama dalam menyediakan pengangkutan awam yang efisien dan menyeluruh kepada rakyat di seluruh Negeri Johor.   Di bawah pengurusan Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ), BMJ telah memberikan pelbagai manfaat terutama kepada golongan berpendapatan rendah yang bergantung sepenuhnya kepada pengangkutan awam ini.   Sehingga […]

RAGBI LELAKI JOHOR AKHIRI PENANTIAN EMAS 30 TAHUN

  Skuad ragbi Johor merangkul pingat emas selepas mudah menewaskan Terengganu 29-0 dalam perlawanan akhir di temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024.   Kejayaan tersebut hadir selepas kali terakhir mengungguli sukan ragbi di pentas SUKMA pada tahun 1994 selain turut mengubat kekecewaan sekadar menamatkan saingan di tempat kelima pada edisi sebelum ini.   Ketua […]

SUKMA SARAWAK XXI: TIADA REZEKI KE FINAL, SKUAD BOLA JARING SASAR PINGAT GANGSA

  Harapan skuad bola jaring Johor untuk menjengah ke aksi final pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak XXI tidak kesampaian apabila tewas tipis kepada Kedah 40-44 dalam saingan separuh akhir di Dewan Serbaguna Politeknik Mukah, pagi tadi.   Bagaimanapun, skuad bimbingan Fazira Mesnan masih berpeluang untuk sekurang-kurangnya mendakap pingat gangsa apabila bakal turun menentang Terengganu […]

“SUKMA BERIKUTNYA, SAYA JUARA” – RENEE

  Atlet lawan pedang Johor, Renee Wan Qing Chan tekad menjadikan pingat gangsa diraih pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 sebagai semangat untuk bangkit pada edisi yang akan datang.   Renee yang baru berusia 14 tahun berjanji untuk menukar kilauan gangsa kepada emas dalam acaraj sabre perseorangan wanita pada edisi SUKMA berikutnya selain […]

PINGAT EMAS UNTUK ARWAH AYAH

  Nur Farah Aziera Shamsuddin, 21, mengalirkan air mata sebaik sahaja diumumkan sebagai pemenang pingat emas sukan memanah acara 50 meter Compound individu wanita untuk temasya Sukan Malaysia XXI (SUKMA) Sarawak 2024.    Farah Aziera mengakui beliau hampir putus asa dalam sukan memanah selepas pemergian arwah ayahanda pada bulan Syawal lepas, akan tetapi dorongan motivasi […]

MUHAMMAD BARIQ TUAI EMAS GIMNASTIK ARTISTIK

    Atlet gimnastik artistik Johor, Muhammad Bariq Adif Mat Daud menepati ramalan apabila berjaya meraih pingat emas bagi acara Individu Keseluruhan Lelaki di Serian Conference Centre.   Memperoleh markah keseluruhan 73.375 mata, Muhammad Bariq mengatasi Wilson Wei Sin Yeoh, wakil Pulau Pinang yang meraih Perak manakala gangsa dimenangi Nor Adam Hazziq Nor Azaha dari […]

KERAJAAN JOHOR PEDULI PEMBANGUNAN MASYARAKAT ORANG ASLI

  Kebajikan dan pembangunan Orang Asli di Johor terus diberi tumpuan sewajarnya oleh Kerajaan Negeri menerusi peruntukan signifikan disediakan bagi menjaga lingkungan semula jadi kumpulan masyarakat ini.   Usaha dan keprihatinan Kerajaan Johor dizahirkan menerusi peruntukan berjumlah RM8.3 juta daripada pelbagai agensi dan jabatan merangkumi iltizam bagi menyokong pelbagai program pembangunan komuniti untuk manfaat lebih […]

SUKMA SARAWAK XXI: PASUKAN JUDO JOHOR KOTAKAN JANJI, BAWA PULANG 4 PINGAT EMAS!

  Skuad Judo Johor membuktikan mereka berada dalam kelasnya yang tersendiri apabila mengungguli acara sukan seni bela diri itu selepas berjaya membawa pulang empat pingat emas dan tiga pingat gangsa dalam tujuh acara yang dipertandingkan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak XXI di Dewan Balau, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sarawak Kampus Mukah, hari ini. […]

JSDEAF SASAR RM500,000 SEMPENA ‘BIM RIDE AND FUN 2024’

  Kutipan sebanyak RM500,000 disasarkan oleh Persatuan Sukan Orang Pekak Johor (JSDeaf) pada karnival ‘BIM Ride & Run 2024’ yang akan berlangsung di Sunway Bigbox Hotel, Iskandar Puteri dari 27 hingga 29 September 2024.   Chan Kok Seng, Presiden JSDeaf memaklumkan ianya bagi menampung perbelanjaan pentadbiran dan pengurusan JSDeaf termasuk memperkukuhkan sokongan terhadap pembangunan atlet, […]