DEWAN NEGERI JOHOR CERMINKAN LEGASI PENTADBIRAN DAN DEMOKRASI NEGERI
#IskandarPuteri – Dewan Negeri Johor yang berfungsi sebagai institusi perundangan negeri hari ini merupakan sebahagian daripada legasi pemerintahan Johor yang dibangunkan secara berperingkat sejak lebih satu abad lalu. Menurut YB Prof. Dato’ Dr. Kassim Thukiman, Ahli Penasihat Jumaah Majlis DiRaja Johor, institusi Kesultanan Johor memainkan peranan penting dalam membentuk sistem pemerintahan yang moden […]
