KEMPEN ACL 2023 JDT TETAP MEMBANGGAKAN

  Meskipun terlepas peluang melayakkan diri ke pusingan ke 16 terbaik dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2023 namun pencapaian Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) di pentas tertinggi Asia itu tetap membanggakan.   Selain berjaya menoktahkan aksi terakhir Kumpulan I dengan kemenangan 4-1 terhadap wakil Thailand, BG Pathum United, JDT turut mencapai prestasi memberangsangkan […]

HAMPIR 2,000 PENUNTUT UiTM CAWANGAN JOHOR SERTAI SOUTHERN VOLUNTEERS

  Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Johor melakar sejarah apabila menjadi universiti pertama melancarkan Southern Volunteers (SV) di peringkat institusi pengajian tinggi (IPT) dengan penyertaan hampir 2,000 penuntutnya sebagai sukarelawan.   Pelancaran SV peringkat UiTM Cawangan Johor disempurnakan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia Dan Sukarelawan), Dato’ On Jabbar bersempena Program Uni-Nature Run 3.0 […]

RM2.8 JUTA ATASI BANJIR KILAT JOHOR BAHRU

  Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM2.8 juta bagi menangani banjir kilat yang sering berlaku di tiga lokasi hotspot sekitar bandar raya Johor Bahru.   Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd Nasir memaklumkan peruntukan disalurkan pada tahun hadapan itu melibatkan kawasan Taman Sri Tebrau, Taman Majidee dan Kampung Mohd Amin.   Antara bentuk tindakan diambil […]

AMALKAN 3S, TRISS CEGAH COVID-19 : EXCO KERAJAAN JOHOR

  Sebanyak 109 kes Covid-19 direkodkan di Negeri Johor pada minggu Epid ke-49/2023 berbanding 34 kes pada minggu sebelumnya.   Daripada jumlah tersebut, daerah Kulai mencatatkan sebanyak 37 kes diikuti Kluang (30), Batu Pahat (16), Johor Bahru (15), Kota Tinggi (6), Pontian (3) selain Segamat dan Pontian masing-masing dengan satu kes.   Justeru, Pengerusi Jawatankuasa […]

PERKONGSIAN STRATEGIK FOREST CITY TINGKAT KESALINGHUBUNGAN

  Forest City menjalin perkongsian strategik dengan Handal Indah Sdn. Bhd. bagi menyediakan perkhidmatan bas (FC1) berkuatkuasa hari ini, yang meningkatkan kesalinghubungan antara Forest City dan Kompleks Kastam Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Kompleks Sultan Abu Bakar, dekat Tanjung Kupang untuk ke Tuas, Singapura.   Perkhidmatan menerusi program ‘Park and Ride’ itu telah disempurnakan pelancarannya oleh […]

RANHILL SAJ TERIMA PENGIKTIRAFAN MBOR

  Ranhill SAJ melakar sejarah dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) apabila menjadi operator air pertama di Malaysia memiliki pensijilan ‘Hazard Analysis Critical Control Point’ (HACCP) daripada Intistut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) untuk 44 Loji Rawatan Air (LRA) di negeri ini.   Ketua Pegawai Eksekutifnya, Muhamad Faizal Aliar memaklumkan pensijilan dan pengiktirafan di […]

ACL 2023: ARIF AIMAN MAHU BERI KOMITMEN 100 PERATUS

  Bintang sensasi Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Mohd Hanapi tekad untuk membantu pasukannya meraih tiga mata pada aksi terakhir kempen Kumpulan I, Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2023 menentang BG Pathum United di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, petang ini.   Disebalik persembahan konsisten dipamerkan oleh Arif Aiman pada musim ini, beliau […]

ACL 2023: JDT MAHU TAMATKAN KEMPEN ACL DENGAN KEMENANGAN

  Perlawanan terakhir Liga Juara-Juara Asia (ACL) bagi Kumpulan I yang akan berlangsung esok menyaksikan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) tetap mahu menamatkan kempen tersebut dengan kemenangan, sekali gus mengutip tiga mata penuh menentang pasukan dari Thailand, BG Pathum United di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.   Pengendali pasukan JDT, Esteban Solari tampak optimis […]

ISYARAT DYMM SULTAN JOHOR JELAS

  Saranan DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar supaya rakyat Malaysia memberi peluang kepada Perdana Menteri untuk membuktikan kemampuannya menerajui negara dan cadangan baginda supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Petronas diletakkan di bawah Institusi Yang di-Pertuan Agong dilihat sebagai isyarat jelas bahawa Baginda Tuanku Sultan inginkan Malaysia kembali menjadi sebuah […]

WANITA ASET PENTING, MENYUMBANG PEMBANGUNAN NEGERI DAN NEGARA

  Oleh Suhana Mohd Ariffin   Golongan wanita merupakan aset penting yang perlu digilap secara optimum bagi membolehkan kumpulan masyarakat berkenaan menyumbang secara aktif dan berkesan kepada pembangunan negeri mahupun negara.   Justeru, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Khairin-Nisa Ismail memaklumkan isu berkaitan hak dan kebajikan menjadi antara agenda penting bagi […]