JOHOR BAKAL PENYUMBANG UTAMA INDUSTRI SARANG BURUNG WALET

  Negeri Johor bakal menjadi penyumbang utama pertumbuhan industri sarang burung walet di negara ini, menerusi pembukaan kemudahan bioteknologi baharu Glyken International Berhad (Glyken) bernilai RM6.6 juta di Kawasan Perindustrian SiLC.   Kemudahan canggih berkeluasan 29,220 kaki persegi itu dibangunkan hasil sokongan dan kerjasama diberikan agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) iaitu […]

PAYA BAKAU PENYIMPAN KARBON UNGGUL

  Hutan paya bakau biasanya ditemui di kawasan berlumpur di muara sungai dan tepi pantai yang ditumbuhi pokok bakau berperanan penting dalam keseimbangan ekosistem selain berfungsi sebagai habitat semula jadi spesis flora dan fauna serta kawalan banjir mahupun hakisan pantai.   Bagi Dr. Ahmad Aldrie Amir, Pensyarah Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) Universiti Kebangsaan […]

JDT ‘JUNJUNG’ KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

  Sejak Kod Undang-Undang Hammurabi diperkenalkan oleh pemerintah di negeri Babylon pada 1772 sebelum masihi (SM), kehidupan manusia mula ditentukan oleh satu peraturan yang bukan sahaja mengawal tingkah laku tetapi juga menjadi pegangan, etika dan juga gaya hidup pada waktu itu, sekali gus membina ketamadunan negara bangsa yang unggul.   Sejajar dengan perkembangan semasa, undang-undang […]

KETEGASAN YANG DI-PERTUAN AGONG DEMI NEGARA DAN RAKYAT

  Tanggal 31 Januari yang lalu telah menjadi peristiwa bermakna dan bersejarah dengan bermula tempoh pemerintahan KeBawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selama lima tahun.   Pemasyhuran Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong XVII disambut penuh gembira seluruh Bangsa Johor berserta rakyat Malaysia amnya apatah lagi Seri Paduka […]

JOHOR TERIMA RM70.12 JUTA PACU SEKTOR AGROMAKANAN

  Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memperuntukkan RM70.12 juta kepada Kerajaan Negeri bagi melaksanakan projek pembangunan meliputi sektor ternakan, tanaman, akuakultur dan memperkasa industri nanas selain pemerkasaan pemasaran dan aktiviti eksport hasil pertanian serta pembangunan usahawan agro di seluruh Johor pada tahun ini.   Daripada jumlah berkenaan, sebanyak RM19.2 juta diperuntukkan di bawah Program […]

GEMILANG 100 TAHUN TAMBAK JOHOR

  Sambutan 100 Tahun Tambak Johor diraikan dengan penuh bermakna sebagai memperingati lakaran bersejarah peristiwa perasmian struktur binaan ikonik seabad yang lalu serta hubungan akrab antara Malaysia khususnya Negeri Johor dan Singapura, hari ini.   Lebih istimewa, sambutan telah diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor yang berkenan untuk […]

IKHTIAR KERAJAAN NEGERI DEMI RAKYAT

  Menterjemahkan sebuah pentadbiran bersifat pro-rakyat, Kerajaan Negeri terus komited menyelesaikan kesesakan di Tambak Johor menerusi pelbagai tindakan yang ‘hands-on’ agar isu legasi menghimpit kira-kira 300,000 pengembara dari Johor mahupun Singapura berulang alik setiap hari dapat dikurangkan.   Komitmen menyurai aliran trafik di pintu sempadan antara yang tersibuk di dunia ini bukanlah sekadar retorik, sebaliknya […]

IIB, TM-NXERA JALIN KERJASAMA BANGUNKAN INFRASTRUKTUR DIGITAL

  Iskandar Investment Berhad (IIB) menerusi River Retreat Sdn. Bhd. memeterai kerjasama strategik dengan TM-NXERA, usaha sama antara Telekom Malaysia Bhd. (TM) dan Singapore Telecommunications Ltd. (Singtel) untuk membangunkan infrastruktur kecerdasan buatan (AI) dan digital yang canggih di kawasan Iskandar Puteri.   Kerjasama strategik yang dijalinkan merupakan peristiwa penting dalam usaha untuk mengorak langkah menjadi […]

PBNJ SATU-SATUNYA PERSATUAN SUKAN TERIMA PENGGREDAN GERAN A

  Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) menjadi persatuan sukan tunggal yang berjaya menerima penggredan Geran A yang berjumlah RM100,000 tahun ini sekali gus mengulangi pencapaian sama buat kali ketiga berturut-turut sejak 2022.   Penarafan terbaharu itu secara tidak langsung meletakkan PBNJ di satu aras yang lebih tinggi selepas mengambil kira kecemerlangan badan sukan terbabit yang […]

CITRA HUBUNGAN JOHOR – SINGAPURA

  Persahabatan antara Johor dan Singapura sejak dahulu lagi telah menggambarkan hubungan unik serta istimewa sedia terjalin yang bersifat ‘compliment each other’. Dari segi sejarah, Johor bukanlah ‘backyard’ kepada Singapura bahkan jauh sekali bersaing dengan negara jiran.   Ini kerana Johor terutama Johor Bahru sebenarnya telah pesat membangun dan muncul sebagai sebuah bandar pusat perdagangan […]