SUKMA SARAWAK XXI: PASUKAN JUDO JOHOR KOTAKAN JANJI, BAWA PULANG 4 PINGAT EMAS!

  Skuad Judo Johor membuktikan mereka berada dalam kelasnya yang tersendiri apabila mengungguli acara sukan seni bela diri itu selepas berjaya membawa pulang empat pingat emas dan tiga pingat gangsa dalam tujuh acara yang dipertandingkan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak XXI di Dewan Balau, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sarawak Kampus Mukah, hari ini. […]

JSDEAF SASAR RM500,000 SEMPENA ‘BIM RIDE AND FUN 2024’

  Kutipan sebanyak RM500,000 disasarkan oleh Persatuan Sukan Orang Pekak Johor (JSDeaf) pada karnival ‘BIM Ride & Run 2024’ yang akan berlangsung di Sunway Bigbox Hotel, Iskandar Puteri dari 27 hingga 29 September 2024.   Chan Kok Seng, Presiden JSDeaf memaklumkan ianya bagi menampung perbelanjaan pentadbiran dan pengurusan JSDeaf termasuk memperkukuhkan sokongan terhadap pembangunan atlet, […]

UMAR OSMAN PERBAHARUI REKOD SUKMA

  Pelari 400 meter Johor mencetuskan sensasi pada temasya Sukan Malaysia XXI (SUKMA) Sarawak 2024 di Stadium Sarawak apabila mencatat rekod baharu dengan catatan 46.78 saat.   Umar Osman nyata sukar digugat apabila merangkul pingat emas ketiga dalam sukan Olahraga, selepas beliau turut mencatat rekod baharu acara kuartet 4×400 meter lelaki dengan catatan masa 3:12.35 […]

SUKMA SARAWAK XXI: CABARAN BURU PINGAT EMAS BERMULA!

    Skuad Judo Kontinjen Negeri Johor hari ini memulakan kempen untuk memburu pingat dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak XXI menerusi acara Nage-No-Kata dan Ju-No-Kata bagi kategori lelaki serta wanita yang berlangsung di Dewan Balau, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sarawak Kampus Mukah.   Optimis dengan prestasi semasa skuadnya, Othman Mohd Nizam Yeo, Ketua […]

ZI HAO PASANG IMPIAN KE OLIMPIK

  Atlet lawan pedang Johor, Teh Zi Hao menepati ramalan meraih pingat emas dalam saingan lawan pedang menewaskan Tony Lee dari Melaka, 15-13 pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 di Eastwood Valley Golf & Country Club, Miri.   Cemerlang dalam acara kegemarannya, sabre individu lelaki, Zi Hao memasang impian untuk beraksi di pentas […]

DANISH IFTIKHAR RAJA PECUT SUKMA SARAWAK 2024

  Tidak sangka dengan keputusan akhir sukan olahraga acara 100 meter lelaki, Danish Iftikhar rangkul pingat Emas dengan catatan masa 10.53 saat di Stadium Sarawak hari ini.   Danish meluahkan rasa syukur kepada Allah swt dan berterima kasih kepada kedua ibu bapa dan juga cikgu-cikgu di sekolah atas segala pengorbanan mereka.   Mula serius dalam […]

ASYRAAF TEKAD RAIH PINGAT UNTUK ARWAH IBU

  Atlet pelayaran Johor, Asyraaf Mokhtar bertekad menghadiahkan pingat dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 buat arwah ibunya, Rosmawati Md Yusuf yang meninggal dunia awal tahun ini.   Membuat penampilan ketiganya di pentas SUKMA, atlet berusia 21 tahun itu menyifatkan arwah ibunya sebagai pembakar semangat untuk tampil lebih cemerlang sejak berkecimpung dalam sukan […]

SKUAD SOFBOL WANITA JOHOR INTAI PINGAT EMAS

  Pasukan sofbol wanita Johor berjaya menempah slot ke perlawanan akhir temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 selepas menewaskan Negeri Sembilan 14-3 di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Merbau, Miri.   Persembahan cemerlang Johor terserlah apabila berjaya mengutip enam mata di innings pertama, tujuh mata di innings kedua dan satu mata di innings ketiga […]

KHAIRUNNISA ALEEYA SUMBANG PINGAT EMAS PERTAMA JOHOR

  Lagu Bangsa Johor berkumandang buat kali pertama di Bumi Kenyalang apabila Khairunnisa Aleeya menghadiahkan pingat emas sulung buat kontinjen Johor setelah mengungguli sukan berbasikal acara lepas beramai-ramai individu wanita pada temasya Sukan Malaysia XXI (SUKMA) Sarawak 2024.   Selepas mendapat tempat keempat pada acara kriterium sebelum ini, Khairunnisa mengakui sedikit terkilan tidak dapat mencipta […]

TUAH PENAMPILAN SULUNG ANIQ DI PENTAS SUKMA

  Mewakili negeri kelahiran buat kali pertama untuk acara berbasikal bagi temasya Sukan Malaysia XXI (SUKMA) Sarawak 2024 nyata menjadi satu kebanggaan bagi Muhammad Nazirul Aniq Abd Rahman.   Nazirul Aniq yang meminati sukan basikal sejak usia 14 tahun membuktikan bahawa segala penat lelah beliau berhasil selepas memenangi pingat perak bagi acara lepas beramai-ramai berpasukan […]