DOA AYAH JUGA LUAR BIASA


Foto Hiasan.

 

Kasih ibu bawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Setiap Ahad ketiga dalam bulan Jun, masyarakat dunia akan menyambut Hari Bapa bagi hargai jasa dan pengorbanan insan bergelar ayah.

 

Seorang ayah memiliki tanggungjawab yang amat besar sebagai tonggak dan pelindung dalam sebuah keluarga. Berperanan menyediakan nafkah demi kesejahteraan keluarga seperti dituntut ajaran Islam.

 

Sempena Hari Bapa, Ustaz Azam Al-Kankari mengajak golongan itu untuk sentiasa memanjatkan doa buat anak masing-masing sepertimana Nabi Ibrahim A.S yang mendoakan zuriat dan keturunannya mendirikan solat.

 

Selain menyifatkan doa seorang bapa juga sebagai luar biasa, pendakwah bebas itu turut menyeru kepada golongan berkenaan agar menghayati kisah Nabi Ibrahim A.S diuji untuk mengorbankan puteranya, Nabi Ismail A.S.

 

Peristiwa yang dikaitkan dengan Hari Raya Aidiladha itu bukan sahaja menjadi lambang kasih sayang dan ketaatan terhadap perintah Allah SWT malah pengajaran didikan seorang bapa kepada anak berlandaskan iman.

 

Pada masa yang sama, Ustaz Azam Al-Kankari mengingatkan generasi masa kini untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang anak dengan mendoakan, meluangkan masa dan menziarahi ibu bapa masing-masing.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor