DYAM TUNKU MAHKOTA ISMAIL JARING 5 GOL ATASI TEMASEK
Memasuki ‘chukka’ ketiga, DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor turun beraksi bagi memperkuatkan jentera Royal Johor dalam usaha mengekalkan kelebihan pasukan pada perlawanan berkenaan. | Foto JST
#JohorBahru – DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor membuktikan kehebatannya apabila berjaya menjaringkan lima gol dalam kemenangan bergaya mengatasi cabaran Temasek pada saingan Johor Super Crown Polo Tournament (JSCPT) 2026 di Istana Pasir Pelangi, hari ini.
Ia sekali gus membantu Royal Johor membuka kempen JSCPT 2026 dengan kemenangan 11-7 mengatasi Temasek pada hari pertama kejohanan berkenaan berlangsung.
Memasuki ‘chukka’ ketiga, DYAM Tunku Mahkota Ismail turun beraksi bagi memperkuatkan jentera Royal Johor dalam usaha mengekalkan kelebihan pasukan pada perlawanan berkenaan.
Royal Johor kemudian meningkatkan tekanan menerusi corak serangan lebih agresif dan permainan pantas, dengan DYAM Tunku Mahkota Ismail tampil cemerlang menjaringkan lima gol untuk membantu pasukan mengukuhkan kedudukan.
Temasek cuba bangkit memberikan tentangan, namun Royal Johor kekal konsisten mengawal permainan dan memanfaatkan peluang sebelum mengesahkan kemenangan 11-7.
Kemenangan ini memberikan permulaan positif buat Royal Johor yang turut dibarisi pemain ternama dunia antaranya, Pablo ‘Polito’ Pieres, dalam kejohanan berprestij yang menghimpunkan ramai bintang polo antarabangsa.
Royal Johor seterusnya akan berdepan cabaran Korea Polo dalam aksi kedua esok bagi memburu kemenangan dan seterusnya mengekalkan rentak positif dalam saingan JSCPT 2026.
Kesemua perlawanan JSCPT 2026 disiarkan secara langsung ke seluruh dunia menerusi PoloLine.TV, sekali gus membolehkan peminat polo antarabangsa mengikuti aksi sepanjang kejohanan itu berlangsung.
#JohorSuperCrown2026
#PoloTournament2026
#RoyalJohorPoloClub
#LegacyInMotion
#SukanMDJ
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


