TKPM PERKUKUH SEKTOR PERTANIAN JOHOR MENERUSI JETP

Johor kini mempunyai sembilan TKPM di lima daerah dengan keluasan keseluruhan 509.2 hektar melibatkan 88 lot sekali gus menyokong Agenda Keterjaminan Makanan Negeri Johor. | FB Israk Abdullah
#IskandarPuteri – Kerajaan Negeri terus memperkukuh sektor pertanian sebagai antara komponen penting dalam agenda pembangunan ekonomi negeri khususnya menerusi Pelan Transformasi Ekonomi Johor (JETP).
Antara usaha dilaksanakan adalah menerusi pembangunan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) yang menjadi platform penting dalam memperkasa pengeluaran hasil pertanian secara lebih tersusun, komersial dan berdaya saing.
Sejak mula dibangunkan pada 2001, Johor kini mempunyai sembilan TKPM di lima daerah dengan keluasan keseluruhan 509.2 hektar melibatkan 88 lot sekali gus menyokong Agenda Keterjaminan Makanan Negeri Johor.
Inisiatif TKPM turut membuka ruang kepada pengusaha tempatan untuk mengembangkan aktiviti pertanian, meningkatkan nilai pengeluaran, mengadaptasi pendekatan pertanian moden serta meneroka peluang pasaran yang lebih luas.
TKPM Ulu Tiram merupakan antara contoh kawasan pertanian yang dibangunkan secara terancang apabila merekodkan pengeluaran melebihi 3,000 tan metrik pada 2025 dengan nilai RM7.6 juta, selain menerima pengiktirafan sebagai TKPM 5 Bintang oleh Jabatan Pertanian Malaysia.
Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor akan terus memperkukuh ekosistem pertanian dan agromakanan negeri selari dengan aspirasi Maju Johor 2030.
Terdahulu, YB Tuan Haji Md. Israk Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor mengadakan lawatan ke TKPM Ulu Tiram, baru-baru ini.
#JohorSafeZone
#Pertanian
#KeterjaminanMakanan
#TKPM
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


