60 INSTITUSI TAHFIZ DI JOHOR DIIKTIRAF JTQA

YB Tuan Haji Mohd Fared Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor pada Majlis Pengiktirafan Jaminan Kualiti Tahfiz Johor (JTQA) Kali Ke-5 Tahun 2026 di Hotel New York, Johor Bahru. | Foto MDJ Nurina Aisyah

 

#JohorBahru – Sebanyak 60 institusi tahfiz di seluruh negeri Johor telah berjaya menerima Pengiktirafan Jaminan Kualiti Tahfiz Johor (JTQA) bagi tempoh 2020 hingga 2025 yang bertujuan untuk memastikan kualiti institusi tahfiz awam dan swasta di negeri ini sentiasa terjamin.

 

Ia adalah hasil daripada usaha berterusan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dalam memperkasa pengurusan institusi tahfiz secara menyeluruh menerusi peruntukan berjumlah RM60 juta telah disalurkan setakat tahun 2025 bagi meningkatkan pembangunan institusi agama terbabit.

 

Sijil Pengiktirafan JTQA yang diperkenalkan sejak tahun 2017 ini menjadi inisiatif Kerajaan Negeri dalam memastikan semua institusi tahfiz yang berdaftar memiliki kualiti terbaik dengan berpandukan modul daripada sistem berkenaan, sekali gus membolehkan institusi terbabit mencapai Standard Pengiktirafan Tahfiz Malaysia (SPTM).

 

Menurut Mohammad Zurih Kusnin, Pengetua Maahad Tahfiz Al-Iman Tanjung Sedili, Kota Tinggi memberitahu penilaian JTQA ini secara tidak langsung membantu institusi tahfiz di negeri ini bukan sahaja dapat memperbaiki kekurangan dari segi pengurusan, tetapi turut berupaya memperkukuh sistem pembelajaran sedia ada.

 

Beliau juga memaklumkan pengiktirafan JTQA ini secara tidak langsung membolehkan ibu bapa menilai tahap prestasi pembelajaran anak-anak seiring dengan sasaran serta ciri-ciri yang telah ditetapkan menerusi sistem berkenaan.

 

Terdahulu, YB Tuan Haji Mohd Fared Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor menyempurnakan Majlis Pengiktirafan Jaminan Kualiti Tahfiz Johor (JTQA) Kali Ke-5 Tahun 2026 di Hotel New York, Johor Bahru.

 

Sementara itu, 12 buah tahfiz lagi telah dianugerahkan sijil pengiktirafan JTQA pada kali ini iaitu Maahad Tahfiz Al-Iman, Tanjung Sedili, Kota Tinggi merangkul Anugerah Tahfiz Cemerlang dan membawa pulang wang tunai RM5,000 manakala 11 buah lagi menerima Anugerah Sekolah Tahfiz Terbaik (Pengurusan), sekali gus membawa pulang wang tunai sebanyak RM2,000 setiap sekolah.

 

#JohorSafeZone
#JAINJ
#JTQA
#BPI
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor