AKADEMI JCS DAN UKM METERAI MOU PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK

Majlis menandatangani MoU bersama UKM melalui Institut Kajian Etnik (KITA) disempurnakan oleh YB Dato’ Dr. Haji Badrul Hisham Kassim, Ketua Pegawai Eksekutif APTNJ dan Ybhg. Prof. Dato’ Dr. Roslee Rajikan, Pro Naib Canselor (Strategi dan Kewatanan). | Foto Akademi Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor
#IskandarPuteri – Akademi Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor (APTNJ) melakar sejarah baharu selepas memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Institut Kajian Etnik (KITA). Pemeteraian MoU ini secara rasmi mengangkat KITA-UKM sebagai salah satu rakan strategik akademik APTNJ dalam memperkukuh hubungan antara dunia akademia dan perkhidmatan tadbir negeri.
Kerjasama dua pihak ini merupakan usaha APTNJ dalam memperkukuh kepimpinan, strategi pemikiran dan kefahaman hubungan antarabangsa dalam konteks pentadbiran negeri serta mengukuhkan keyakinan terhadap peranan akademi bagi memberi ruang kepada perkhidmatan awam negeri Johor untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.
Majlis menandatangani MoU telah disempurnakan oleh YB Dato’ Dr. Haji Badrul Hisham Kassim, Ketua Pegawai Eksekutif APTNJ dan Ybhg. Prof. Dato’ Dr. Roslee Rajikan, Pro Naib Canselor (Strategi dan Kewatanan), diiringi oleh YM Ungku Mohd Tahir Ungku Mohd Zakaria, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif APTNJ dan Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin, Pengarah Pengasas KITA-UKM.
Turut hadir pada majlis tersebut adalah Tuan Haji Ab Razak Khalid, Setiausaha Bahagian Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor; Prof. Dr. Kartini Aboo Talib @ Khalid, Timbalan Pengarah KITA-UKM serta pegawai-pegawai kanan BPSM SUK Johor dan UKM.
#JohorSafeZone
#AkademiJCS
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor