MBIP PROAKTIF JAGA KEBERSIHAN SUNGAI JAYAKAN JOHOR BERSIH

YB Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Minggu Sambutan Hari Sungai Sedunia Peringkat MBIP Tahun 2025 di Kampung Pendas Laut. | Foto MDJ Nurina Aisyah
#IskandarPuteri – Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) sentiasa bertindak proaktif dalam menjaga kebersihan sungai di kawasan pentadbirannya termasuk Sungai Pendas sejajar agenda Johor Bersih @ Sungai.
Komitmen bagi mengelak pencemaran sungai melalui inisiatif Iskandar Puteri Blue Carbon itu melibatkan pelaksanaan aktiviti penanaman semula pokok bakau, pembersihan pesisir sungai dan inventori saintifik melalui program Blue Carbon Trail.
Bagi Mohamad Shahrul Izwan Azman, Jurutera MBIP memaklumkan kaedah Mudball Toss dan pelepasan benih ikan digunapakai untuk merawat dan memulihkan ekosistem sungai termasuk Sungai Pendas yang dijayakan dengan kerjasama Kurita Water (Malaysia) Sdn. Bhd. serta Jabatan Perikanan Negeri Johor.
Selain itu, penyelenggaraan pembersihan kutipan sampah turut dilaksana secara berkala setiap bulan melibatkan beberapa lokasi ‘log boom’ di Sungai Skudai iaitu Kampung Laut, Impian Emas dan Taman Sutera Utama dengan jumlah sampah dikutip boleh mencecah 10 tan bergantung kepada keadaan cuaca.
Manakala Vinodini Priya, Penolong Pegawai Kesihatan dan Persekitaran MBIP menyifatkan komitmen MBIP itu bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menjaga alam sekitar bagi mewujudkan persekitaran lebih bersih serta selamat.
Terdahulu, YB Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Minggu Sambutan Hari Sungai Sedunia Peringkat MBIP Tahun 2025 di Kampung Pendas Laut, hari ini.
Program selama dua hari bermula semalam itu menyediakan pelbagai pengisian menarik bagi menyemarakkan semangat cinta kepada sungai dan alam sekitar antaranya aktiviti Plogging, Mudball Toss, Xploreriver, Drivethru Recycle, Fish Seeding dan banyak lagi.
#HariSungaiSedunia
#MBIP
#JohorSafeZone
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor